Blood For Future

Semalam pihak Malaysian Riders telah menghadiri sebuah acara yang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa. Ia merupakan sebuah program derma darah yang difokuskan untuk pengguna motosikal tanpa mengira kapasiti jentera masing-masing. Namun ia bukanlah sebuah acara tertutup kepada bikers sahaja, malah ia dibuka kepada orang ramai dan mereka juga boleh hadir untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Kami tiba di tapak program seawal jam 9.00 pagi dan seperti yang dijangkakan, hadirin masih belum lagi membanjiri tapak acara dan bikers juga masih belum memenuhi ruang acara, ia mungkin kebetulan atas sebab acara lain yang turut berlangsung pada waktu yang sama seperti Kelantan Bike Week dan sebagainya. Namun, informasi yang kami terima menyatakan bahawa mereka akan tetap turun untuk ke acara ini tetapi agak lewat sedikit.

LAGI GAMBAR DIBAWAH

Acara dimeriahkan dengan persembahan lagu dan juga gerai-gerai yang dibuka untuk orang ramai mendapatkan barangan-barangan yang dijual sempena acara Blood For Future ini. Kami sempat menemu ramah seelintir pihak yang terlibat dan juga orang awam yang datang untuk menderma. Saksikan video dibawah untuk mengetahui apa yang berlaku semasa acara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s