Kawasaki D-Tracker 150 Review

D-Tracker yang sememangnya sinonim dengan kebolehan “dual-purpose” kini berada dalam kapasiti 150cc. Bukanlah sesuatu yang menakjubkan buat kami, namun ia memberi peluang dan ruang kepada peminat jenis motosikal sebegini untuk merasai dan mencuba jentera ini dengan mengikut kemampuan masing-masing. Ia bukanlah sebuah jentera yang terhebat pernah kami cuba tetapi ia semamangnya menjanjikan kepuasan kepada pemiliknya.

Ringan dan kendalian yang sangat mudah memberikan ia maklum balas positif dari sesi tunggang uji kami sebelum kami bawa ia untuk dicuba di laluan bukit Fraser yang terkenal dengan selekoh-selekoh yang menarik bagi kami untuk melihat sendiri kebolehan jentera kecil Kawasaki ini.

Namun begitu, tidak semuanya indah kepada penunggang uji kami dengan beberapa perkara yang menarik perhatian kami sedikit. Bukanlah sesuatu yang kritikal atau terlalu mengganggu prestasi jentera tersebut. Kami melakukan sedikit sesi pangambaran, namun ia mengalami sedikit gangguan jadi ia menyebabkan kualitinya sedikit terjejas. Berikutan itu kami memohon maaf terlebih dahulu sebelum anda semua menontonnya. Video ulasan ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan akan kami berikan “subtitle” secepat mungkin kepada penonton kami yang lain-lain.

Teruskan bersama Malaysian Riders untuk lebih banyak info dan berita terkini tentang dunia permotoran tempatan dan antarabangsa. Like laman facebook kami dan subscribe channel youtube kami untuk lebih mudah mengikuti perkembangan Malaysian Riders.


2 thoughts on “Kawasaki D-Tracker 150 Review

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s