Ducati 1199 Panigale, siapa yang tidak tahu tentang motor berkuasa tinggi yang di keluarkan oleh negara eropah ini iaitu Italy.Bercakap berkaitan motor keluaran Italy ini yang bersaiz kecil, kemampuannya yang tidak ada batasan dan mesin yang nampak gagah di mata dunia, akan tetapi ia cuma mengeluarkan motor yang berwarna merah sahaja. Pendek kata, mungkin anda yang diluar sana tidak berminat akan satu jenis warna sahaja betul tidak?
Mungkin tahun depan, anda boleh bertaruh agar pihak Ducati boleh menambahkan jenis warna keluaran yang selain warna asal iaitu merah kepada pelbagai pilihan warna. Sebabnya, kita akan meletakkan harga yang tinggi pada motor Panigale Ducati ini dan semestinya kita hendak pelbagai warna yang lebih menarik seperti warna Pearl White dan Midnight Black, Giallo Ducati “Kuning” atau sebagainya.

Versi warna pilihan pertama iaitu Pearl White untuk motor Ducati 1199 Panigale pada tahun 2013.

Versi warna pilihan kedua iaitu Midnight Black untuk motor Ducati 1199 Panigale pada tahun 2013.

Versi warna pilihan ketiga iaitu Giallo Ducati “Kuning” untuk motor Ducati 1199 Panigale pada tahun 2013.
Mungkin tahun 2013 kita dah boleh memilih jenis warna yang diimpikan pada motor Ducati 1199 Panigale itu. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk maklumat lanjut tentang pelbagai berita terkini tentang dunia permotoran tanah air dan antarabangsa.