Triumph Live: Peluang Lawati Kilang

image credited to visordown.com

Pertama sekali kami dari Malaysian Riders ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengunjungi laman kami. Baiklah, kembali kepada tajuk utama iaitu berkenaan Triumph membuka pintunya kepada orang awam bagi mengunjungi kilang yang menjadi lokasi pembikinan dan pemasangan jentera-jentera utama Triumph. Ia dilaksanakan bersempena dengan festival “Triumph Live” yang akan berlangsung dari 31 Ogos sehingga 2 september ini.

Festival yang bermula buat pertama kalinya pada tahun 2010 kini kembali buat kali kedua bagi meraikan pembuat motosikal dari United Kingdom yang menjadi lambang keunggulan arena permotoran negara tersebut. Tema untuk festival kali ini adalah “110 years of Triumph” dan ini bakal menyaksikan pengumpulan semua jenis jentera Triumph dari yang lama sehingga yang baru. (Dikatakan terdapapt model 2013 untuk Triumph bakal dipersembahkan secara dekat kepada pengunjung)

Orang ramai yang diberi peluang untuk melawat kilang Triumph juga akan diberikan pengalaman yang beharga untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan jentera-jentera Triumph. Tiket boleh didapatkan dengan harga lebih kurang RM233 untuk “Weekend Pass” dan RM133 untuk “Saturday-Only Pass”. Saksikan video dibawah yang menunjukkan sedikit sebanyak tentang festival

Informasi lanjut tentang cara tempahan dan pembayaran untuk tiket boleh didapati dari laman Triumph Live. Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.


One thought on “Triumph Live: Peluang Lawati Kilang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s