Image to credited to en.wikipedia.org

AUDI, adalah satu firma terbesar Jerman bagi pengeluaran kenderaan mewah tetapi baru-baru ini pihak AUDI iaitu Pengurus Jualan dan Pemasaran AUDI Peter Scwarzenbauer memberitahu pihak Autocar dimana syarikat mereka mempunyai pandangan terhadap pembangunan pengeluaran kenderaan beroda dua.

Image credited to ridethewildwind.co.uk

Peter Scwarzenbauer berucap pada pembukaan bilik pameran AUDI terbaru di London, United Kingdom dan beliau berkata kepada pihak Ducati dimana mereka iaitu Ducati mempunyai satu peranan penting untuk “penyelesaikan mobiliti masa hadapan” kepada AUDI terhadap pengangkutan bandar, sebagai pengeluar kereta AUDI dimana mereka akan menggunakan pengalaman pihak Ducati selaku pengeluar terbesar di Italy untuk membantu mereka dalam pembangunan skuter AUDI dan sektor motorsikal. Tetapi beliau berminat untuk menunjukkan motorsikal tersebut dibawah AUDI dan bukannya Ducati memakai lencana jenama AUDI.

Image credited to motoblog.it

Dengan persaingan kuat antara AUDI dan BMW selaku pengeluar di negara Jerman dimana BMW juga telah melancarkan satu model barunya iaitu Skuter C600 dan ia adalah “Mini Konsep Smart Daimler” daripada mereka. Dan juga dengan perkembangan tersebut menjadi matlamat baru AUDI untuk keluarkan dalam pasaran kenderaan beroda dua seperti skuter. Perancang ini mungkin salah satu khabar angin yang telah dikeluarkan selepas AUDI memperolehi Ducati untuk projek skuternya selaku pengeluar syarikat Italy, tetapi adakah ia benar seperti dirancangkan?

Apapun, anda teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger