Harley Menyebabkan Kebakaran 3,000 ekar hutan

Image credited to Visordown.com

Dipertengahan Columbia, Amerika Syarikat telah berlaku kebakaran hutan selebar 3,000 ekar yang disebabkan oleh seorang penunggang motorsikal Harley-Davidson yang mengalami kemalangan jalan raya selepas motorsikal beliau merempuh dan terbakar disitu.

Mangsa adalah Timothy Wilson, 52 tahun itu menunggang bersama penumpangnya untuk menuju ke Bukit Rattlesnake di Hanford. Beliau hilang kawalan pada motorsikalnya sebaik beliau melalui di kawasan Bukit tersebut.

Api yang marak itu menyukarkan lagi tugas anggota bomba sehingga anggota bomba terpaksa menggunakan jentera jentolak untuk membina tembok pecah untuk mengurangkan kemarakan api tersebut. Pihak bomba juga membawa dua buah helikopter dan kapal terbang dengan bertangki kecil yang digunakan untuk memadamkan kemarakan api tersebut. Jurucakap di tempat kejadian memberitahu Timothy Wilson dan penumpangnya telah dibawah ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s