BMW adalah syarikat pencipta enjin, automotif dan juga motorsikal terbesar di Jerman. Baru-baru ini BMW mengumumkan secara rasmi motorsikal barunya iaitu BMW S1000RR HP4 yang mempunyai teknologi sistem suspensi separa-aktif yang paling maju di dunia. HP4 adalah S1000RR dengan kemajuan sistem Kawalan Redaman Dinamik (DDC) yang bersama-sama dengan pelbagai bahagian BMW yang Berprestasi Tinggi (HP).
Penggunaan DDC masih tidak dilihat dalam proses pengeluaran tetapi ia akan menjadi suspensi yang menggunakan sistem elektronik yang paling maju dan boleh dilaraskan sebenarnya dalam keadaan yang bersesuaian pada keadaan penunggang dan juga pada permukaan jalan. Ia bukannya pra-program yang telah ditetapkan oleh BMW tetapi ia ditemui pada Pelaras sistem Elektronik Suspensi Semasa BMW (ESAII), yang perlu diselaraskan oleh penunggang itu sendiri.
Ekzos titanium penuh, olahan roda dan pelbagai bahagian karbon yang ringan bukan sahaja telah meningkatkan kuasanya tetapi ia juga telah susutkan berat pada badan motorsikal itu sendiri hampir kepada 10kg beratnya. Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.