Litar lumba LAGUNA SECA yang dahulunya dikenali MAZDA RACEWAY LAGUNA SECA, ia dibina pada tahun 1957 berdekatan dengan wilayah Salinas dan Monterey, California, USA. Setiap Kali acara MotoGP mesti ada gadis litar dan kehadiran mereka menyemarakkan lagi suasana di litar. Walaupun di litar Laguna Seca tidak seperti litar-litar yang lain, mereka juga membawa gadis litar yang sama taraf dengan litar yang lain. Litar Laguna Seca juga pernah mengacarakan acara seperti A1 Grand Prix, Superbike World Championship, AMA Grand National Roadrace, AMA Superbike, Rolex Sports Car Series, Trans-Am dan macam-macam lagi.


Acara MotoGP 2012 di Laguna Seca baru-baru ini juga tidak kurang hebatnya, apabila penunggang Repsol Honda iaitu Casey Stoner, Australia telah menaiki podium pertama dalam pelumbaan MotoGP tersebut, dan ini adalah senarai peserta daripada tempat pertama sehingga tempat terakhir.
1. Casey Stoner AUS Repsol Honda 43m 45.961s
2. Jorge Lorenzo ESP Yamaha Factory Racing 43m 49.390s
3. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda 43m 53.594s
4. Andrea Dovizioso ITA Monster Yamaha Tech 3 44m 4.563s
5. Cal Crutchlow GBR Monster Yamaha Tech 3 44m 4.740s
6. Nicky Hayden USA Ducati Team 44m 12.863s
7. Stefan Bradl GER LCR Honda MotoGP 44m 14.354s
8. Alvaro Bautista ESP San Carlo Honda Gresini 44m 36.207s
9. Aleix Espargaro ESP Power Electronics Aspar 45m 4.954s
10. Karel Abraham CZE Cardion AB Motoracing 45m 8.037s
11. Randy De Puniet FRA Power Electronics Aspar +1 lap
12. Yonny Hernandez COL Avintia Blusens +1 lap
13. Colin Edwards USA NGM Forward Racing +1 lap
14. Ivan Silva ESP Avintia Blusens +1 lap

Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.