Image credited to Visordown.com

Di Thailand, AP Honda Thailand baru-baru ini telah mencatat rekod penjualan jenama motorsikal Honda pada separuh pertama tahun 2012 ini dan mereka tidak akan berhenti disini sahaja malahan akan teruskan dengan aliran ini pada seluruh tahun.

Image credited to dhana-topbikes.blogspot.com

Pihak Honda telah mencapai hasil jualan mereka pada 763,000 unit pada separuh pertama tahun ini daripada jumlah motorsikal yang dijual dalam lingkunan 1.1 juta. Ini adalah satu pertumbuhan ekonomi yang terbaik oleh pihak Honda dalam dunia permotoran. Pihak Honda memegang saham sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan jualan motorsikal jenama mereka pada bulan Jun iaitu dengan 142.317 unit yang telah dijual dan didaftarkan.

Image credited to motorbikeswallpaper.info

Dengan pertumbuhan jualan motorsikal tersebut sedikit sebanyak didorong oleh pelbagai faktor seperti faktor ekonomi yang positif di Thailand dengan keluaran kasar yang dijangka akan meningkat antara 5.5 dan 6.5 peratus dalam tahun ini dan serta faktor eksport yang dijangka meningkat sebanyak 15 peratus. Mungkin pada tahun hadapan dan seterusnya, pertumbuhan jualan motorsikal Honda akan meningkat dengan pesatnya. Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.

 

 

 

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger