Emir, Zaqhwan Cemerlang Di Suzuka, Jepun

Emir Dan Zaqhwan

Pelumba Boon Siew Honda Racing Malaysia, Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Zaqhwan Zaidi beraksi dengan hebatnya pada acara Kejuaraan Coca-Cola Zero Suzuka 8-Hour Endurance Road Race ke-35. Mereka berjaya mempertahankan mahkota kejuaraan pada 4-Hour di litar Suzuka, Jepun dan ia merupakan kemenangan kedua untuk pasukan tersebut. Kali ini Emir dan Zaqhwan telah menamatkan perlumbaan 100 lap tersebut dengan catatan masa keseluruhan 4:01’33.002s dengan lima hentian pit. Pemenang tempat kedua adalah pasukan Iwata Racing Family yang diwakili oleh Shotaro Ogura dan Seiji Tarumi dengan catatan masa 4:01’41.657s dan muncul di tempat ketiga pula adalah Koichi Endo dan Yuki Mimino dari pasukan CLUB PLUS ONE dengan catatan masa 4:02’12.789s.

Zaqhwan Zaidi

Perlumbaan kali ini cukup sukar buat Emir dan Zaqhwan apabila terpaksa menghadapi pelbagai rintangan sepanjang 4 jam tersebut di sebabkan kesilapan pada pringkat awal permulaan Zaqhwan dilihat telah kehilangan posisi dari kedudukan kedua di atas grid ke kedudukan ke-13. Namun beliau dapat memintas pesaing-pesaingnya dan mengambil kedudukan kedua pada lap ketujuh. Pada peringkat pertengahan, Zaqhwan hampir terjatuh apabila beliau bergeser dengan “backmaker”. Tetapi beliau bernasib baik dapat mengelak sebarang kemalangan yang tidak dingini dan kejadian tersebut telah diambil kesempatan oleh Ogura dan berjaya merapatkan jurang masa dan memintas Zaqhwan di lap ke-83.

Emir Firdaus

Di hentian pit terakhir melihat Emir membawa misi besar buat pasukan Malaysia apabila beliau mengambil kedudukan pendahulu dari rakan sepasukan Oguru, Tarumi di lap ke-85 dan terus memecut meninggalkan pesaingnya itu sebelum menamatkan perlumbaan pada tengahari waktu tempatan sebagai juara 4-Hour untuk kali kedua. Emir memberi komen kepada media dan berkata, “Saya sangat gembira kerana kami berjaya muncul juara kali kedua hari ini!”. Zaqhwan yang baru setahun beraksi di atas jentera 600cc berkongsi sentimen sama dengan seniornya dan menganggap kemenangan di Suzuka ini sebagai satu pembakar semangat untuknya untuk terus maju membawa kejuaran pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Zhuhai nanti.

Boon Siew Honda Racing Malaysia

Dan ini adalah keputusan catatan masa dan kedudukan perlumbaan 4-Hour Race dan 8-Hour Time Attack :
4-Hour Race
1. Boon Siew Honda Racing Malaysia (Mohd Emir Firdaus Hasan/Mohd Zaqhwan Zaidi) 4:01’33.002s
2. Iwata Racing Family (Shotaro Ogura, Seiji Tarumi) 4:01.41.657s
3. CLUB PLUS ONE ( Koichi Endo/ Yuki Mimino) 4:02’12.789s
4. ADF&ToyBoy with Tane+ Hie Racing and WP (Yoshinori Yamauchi/ Shotetsu Arai) 4:02’22.658s
5. MOTO WIN RACING (Toshiro Nakagaki/ Kazutomi Shimazaki) 4:03’27.900s

8-Hour Time Attack
1. MONSTER ENERGY YAMAHA – YART (Tommy Hill/Katsuyuki Nakasuga) 2’06.845s
2. MuSASHi RT Harc-Pro. (Takumi Takahashi/ Ryuichi Kiyonari) 2’07.063s
3. YOSHIMURA SUZUKI RACING TEAM (Leon Camier/ Joshua Waters) 2’07.297s
4. F.C.C. TSR Honda (Jonathan Rea/ Kosuke Akiyoshi) 2’08.077s
5. TOHO Racing withMORIWAKI (Yuki Takakashi/ Tatsuya Yamaguchi) 2’09.343s

Teruskan bersama kami Malaysian Riders untuk berita lanjut dan informasi terkini tentang dunia motosikal tempatan dan antarabangsa.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

 

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s