Akan datang, itu sahaja yang boleh diperkatakan buat masa ini. Pihak Malaysian Riders dengan kerjasama bersama Boon Siew Honda dan juga Bikers Cover Magazine akan melakukan sebuah penggambaran yang akan menjadi satu projek permulaan kami sebagai persediaan untuk sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang.
Projek yang dijangkakan akan bermula pada hari raya pertama sehingga waktu yang tertentu ini akan menjelajahi dan merentasi 4 buah negeri di semenanjung Malaysia. Apa yang pasti, ia akan melibatkan 2 buah jentera dari Honda.
Kami akan cuba sediakan kandungan filem atau video yang terbaik buat anda semua yang telah setia mengikuti perkembangan Malaysian Riders sejak pembabitan awal kami dalam industri permotoran tanah air. Teruskan bersama kami dan ikuti laman Youtube kami dan “LIKE” laman Facebook kami untuk mendapatkan kemaskini yang terkini dengan lebih mudah dan cepat.