Kali ini, pihak Malaysian Riders akan membawakan pemerhatian atau perbandingan secara lebih spesifik buat jenterea Kawasaki Ninja 250R 2013. Jentera yang baru-baru ini menggegarkan arena permotoran antarabangsa dengan reka bentuk yang lebih agresif dan peningkatan dari segi “performance”. Apa yang menariknya adalah ia kini telah berada di dalam pasaran Indonesia dan telah ada yang memilikinya. Salah seorang dari pemilik bertuah dari Indonesia itu adalah seorang yang juga pemilik Ninja 250R model 2009. Jadi kami telah cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan kebenaran untuk menjadikan pandangan beliau sebagai asas cerita perbandingan kami.

Sila tonton video dibawah sebelum meneruskan pembacaan anda bersama Malaysian Riders.

Jadi, dari pandangan kami. Kawasaki Ninja 250R 2013 yang boleh dilihat melalui video diatas jelas menunjukkan beberapa perbezaan ketara. Pertama sekali, dari segi kualiti binaannya yang menunjukkan bahawa pengunaan bahan yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Namun begitu, ini tidak sama sekali membuktikan bahawa jentera Kawasaki 250R 2013 ini sebagai sebuah jentera yang tidak bagus dari segi kualitinya. Kerana apa? kerana kami sendiri belum berpeluang untuk sendiri mencuba jentera ini buat masa ini.

Seterusnya, terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan kepada mekanisma jentera terbaru ini yang sememangnya lebih praktikal jika dibangdingkan dengan model yang terdahulu. “Safety Feature” yang terdapat pada model 2009 yang dipertunjukkan dalam video pula tidak lagi dikekalkan untuk model 2013 kali ini. Namun, pada kami ia bukanlah satu masalah yang besar dan sudah menjadi norma kepada pengguna motosikal di Malaysia untuk tidak memiliki sistem tersebut, terutama sekali kepada pengguna-pengguna yang tidak pernah memiliki jentera berkuasa sederhana dan keatas.

Dari segi rupa bentuk pula, memang ternyata reka bentuk yang diterapkan hasil gabungan dari ER6F 2012 atau Ninja 650R 2012 dan juga sedikit sentuhan dari reka bentuk Ninja ZX6R menghasilkan jentera yang lebih menarik berbanding jentera sebelumnya. Apa yang kami lihat adalah, cubaan Kawasaki untuk menarik minat pengguna dengan menyediakan jentera yang mempunyai rupa yang lebih rapat dengan jentera berkuasa tinggi dan ia juga tampak berhasil apabila lebih ramai yang jelas terpikat dengan reka bentuk terbaru ini. Namun, perlulah setiap pembeli ini memahami bahawa ia tetaplah sebuah jentera berkuasa sederhana dengan kapasiti 250cc.

Menurut pemilik dari Indonesia yang lebih awal telah mencuba jentera ini, tiada perbezaan ketara dari segi akselerasi jentera ini dengan yang sebelumnya. Dengan harga dari pasaran Indonesia iaitu RM16,337 untuk Ninja 250R 2013 dan RM18,629 untuk Ninja 250R-ABS 2013, ia ternyata satu jentera yang tidaklah terlalu mahal. Namun, harga tersebut bukanlah untuk pasaran di Malaysia kerana ia belum lagi dikenakan Tax dari Malaysia. Jadi apapun, teruskann bersama kami di Malaysian Riders untuk maklumat lanjut dari arena permotoran tempatan dan antarabangsa.

Jangan lupa untuk “LIKE” laman Facebook kami dan ikuti channel Youtube kami untuk lebih mudah mendapatkan kemaskini “exclusive” dari Malaysian Riders.

26 responses to “PREVIEW: Kawasaki Ninja 250R 2013”

  1. Ninja2013 Avatar
    Ninja2013

    the knocking is annoying………..

  2. Amsyar Adila Avatar

    semat giler..

  3. mkjunaidi Avatar
    mkjunaidi

    review video yang terbaik..terima kasih di atas info awal ini..keep it up 🙂

  4. Ninja Avatar
    Ninja

    “Dengan harga dari pasaran Indonesia iaitu RM16,337 untuk Ninja 250R 2013 dan RM18,629 untuk Ninja 250R-ABS 2013, ia ternyata satu jentera yang tidaklah terlalu mahal. Namun, harga tersebut bukanlah untuk pasaran di Malaysia kerana ia belum lagi dikenakan Tax dari Malaysia.”

    Malaysia Ninja 250r tahun 2008-2012 pun harga dah RM 21-22K…indon lagi murah!…

    1. wady Avatar
      wady

      berapa harga di malaysia rasa nak beli dan bila agak2masuk di pasaran malaysia

      1. Doubles Avatar
        Doubles

        Moto belum masuk, tapi kawasaki dah siap tayang dan gembar gembur….. bila ramai yg tertarik dan bertanya harga, mahal la jadinya. Jadi buat-buat cool dah ler….. agak-agak je la, pendapat aku.

      2. naz Avatar
        naz

        kawasaki 250R akam dilancarkan pada 11/10 2012 di malaysia. . mengikut sumber yang boleh dipercayai dan harganya mahal 2-3 ribu dari keluaran yang sebelumnya. . hu. . hu. .tinggi sangat tax kat malaysia ne. . apelah. .

  5. indy_me Avatar
    indy_me

    Great video…keep up the good work .

  6. retro rider Avatar
    retro rider

    tayangan awal oleh kawasaki untuk menahan pembelian cbr250 yg telah bersepah di kedai

  7. ninjaboy Avatar
    ninjaboy

    teman udah bayar booking di kdai..tp mtor lum ada lg..ujung taun ni katanya tauke..lebih kurang 24k..

    1. malaysianriders Avatar

      elok lah tu.. nanti kita boleh review sama2

  8. jijoy Avatar
    jijoy

    Sepatut nya kerajaan malaysia mengurangkan cukai bagi moto 500cc ke bawah, , bagi mengalak kan rakyat membeli dengan harga sederhana dan mampu milik. Tak ada ala motor kapcai lagi bersepah di jalan raya malaysia ni. Dan secara tak langsung, kemalangan motor berkuasa kecil dapat dikurangkan.

  9. Naz Avatar
    Naz

    Klu pakai motor ni kena pakai lesen B full ker?

    1. malaysianriders Avatar

      xperlu… kapasiti jentera hanya 250cc

  10. awan johor bahru Avatar
    awan johor bahru

    ambe nie betol2 x sabar…ade dgr2 kata kelua bln 2-3.. tapi dgr2 lagi bln 1…hmm..hrga die 24900 lbih kurang..down payment 5000 monthly 408..oke tak?

    1. malaysianriders Avatar

      okay saja.. kalau itu yg diinginkan.. selamat bermoto
      😀

  11. adyze Avatar

    assalam semua…..
    saya berminat ngan moto ni….smlm tgk kat kedai belum ada lg….rega katanya dlm 22k mahal 2k dr cbr250

    1. malaysianriders Avatar

      memang masih belum ada untuk pasaran tapi dah ada on the road.. Moto Polis tu..
      apapun, selamat membeli

  12. Mamat dyba Avatar
    Mamat dyba

    Sya pling minat m0t0r kawasaki ninja….

    1. rahimey Avatar
      rahimey

      Da Submit BSNc.. 5.3%.. non abs o.d.r 24650rm.. 🙂

  13. khairul Avatar
    khairul

    bile moto nih nk masuk malaysia eh ? ade sape tau tak ? ade org ckp lepas raya cina. tp aku duk gi jenguk2 kt kedai xde plak. huhu

    1. malaysianriders Avatar

      moto ada.. mungkin approval belum ada.. apa pun.. pihak seri gading kawasaki sedang mempunyai stok terhad.. boleh lawati showroom mereka..

      1. khairul Avatar
        khairul

        ok ok. thanks malaysianriders.

  14. Mohd. Anis Abdullah Avatar

    Tengok brochure di kawasaki website. Hanya 2 colour yang ada. Merah & putih. Hijau tak available ke?

  15. Kambing Kepang Avatar
    Kambing Kepang

    ninja 250r 2013 SE ada ABS atau tak ? tgk website kawasaki indonesia ninja 250r 2013 SE ada ABS .

  16. amin Avatar
    amin

    kenapa pihak kerajaan letak cukai terlalu tinggi…dah la petrol asyik naik ja…rendahkan la sikit cukai supaya kami yg teringin nak guna 250 cc tercapai…sedihnya…

Leave a reply to adyze Cancel reply

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger