PLUS Berikan Rebat Tol 30%

Image credited to gempakz.org

Kepada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang menggunakan sistem pembayaran elektronik (Touch ‘n Go), anda boleh menuntut rebat tol sebanyak 30 peratus di pusat khidmat pelanggan PLUS Malaysia Bhd.(PLUS) tetapi ia hanyalah untuk pengguna yang mengunakkan kenderaan sahaja. Pengguna boleh mendapatkan rebat tol tersebut selepas apabila anda menambah nilai kad elektronik pada 1 Oktober sehingga 31 Disember ini.

Image credited to lindarosman.com

Maklumat ini diberitahu oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abdul Hamid, beliau berkata tuntutan rebat tol tersebut tidak akan diberikan selepas tempoh tersebut berakhir dan tuntutan tidak akan diterima lagi selepas tempoh itu. Menurut beliau, pemberian tersebut adalah salah satu antara langkah PLUS untuk mengagihkan dan menggalakkan orang ramai menggunakkan perkhidmatan tersebut pada hari di luar waktu puncak mahupun di hari perayaan.

Image credited to storyaboutagirl-chocolate.blogspot.com

Langkah-langkah seperti ini wajar diambil serius kerana pada tahun 2012 ini kesesakkan lalu lintas semakin menjadi-jadi di jalan biasa mahupun di lebuh raya dan sehinggakan pengguna motosikal terpaksa bertolak-ansur pada pengguna kenderaan yang lain.

Image credited to utaranews.com

 Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mendapatkan info terkini mengenai arena permotoran tempatan dan antarabangsa. Sila “Like” laman Facebook kami dan ikuti laman Youtube kami untuk lebih mudah mengikuti perkembangan Malaysian Riders.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s