Image credited to http://www.forblogger.net

Zulfahmi Khairuddin kecewa pulang dengan tangan kosong selepas beraksi di Grand Prix Czech di Brno baru-baru ini, tetapi ini bukan satu perkara yang boleh mematahkan semangat juang anak muda kelahiran Banting, Selangor ini dan ia adalah sebagai satu langkah untuk beliau maju kehadapan. Beliau menanam harapan untuk menaiki podium sulung kariernya selepas beliau cemerlang menempah petak ketiga pada sesi kelayakan, namun harapannya punah selepas beliau tercicir ke tanga ketujuh pada kedudukan keseluruhan dengan 76 mata selepas berakhirnya 12 perlumbaan setakat ini.

Permulaan beliau agak baik pada tempat kedua pada pusingan pertama daripada 19 keseluruhan pusingan tersebut. Tetapi dalam masa yang sama beliau mula dipintas oleh pencabar-pencabarnya dan ia menyebabkan beliau jatuh ke tangan keenam. Walaupun beliau tertinggal di pusingan keempat, beliau dapat juga memintas pencabarnya menjelang sembilan pusingan terakhir dan harapan Zulfahmi timbul semula tetapi gagal mengekalkan posisi itu.

Salah satu penyebab Zulfahmi gagal untuk merampas semula posisinya adalah apabila beliau memasuki pusingan ke-15 dan mempertahankan kedudukannya dan sekaligus satu kejadian malangnya menimpanya apabila jentera yang dinaiki terbabas selepas cuba mengelak pelanggaran seorang pelumba, Miroslav Popov yang jatuh di hadapannya.

Percapaian terbaik Zulfahmi setakat ini adalah tempat keempat di GP Portugal. Beliau berhasrat untuk menebus semula kekalahannya itu dan menjadi lebih baik di masa akan datang. Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mendapatkan info terkini mengenai arena permotoran tempatan dan antarabangsa. Sila “Like” laman Facebook kami dan ikuti laman Youtube kami untuk lebih mudah mengikuti perkembangan Malaysian Riders.

 

 

 

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger