Nantikan “Festive Journey with Honda”

Pihak Malaysian Riders dengan kerjasama dari Bikers Cover Magazine dan juga Boon Siew Honda baru-baru ini telah pun menamatkan sesi penggambaran untuk ditayangkan pada laman Youtube Malaysian Riders. Dua jentera yang diberi iaitu Honda Goldwing 2012 dan juga CBR1000RR telah diuji dalam perjalanan melebihi 600km dan mengambil masa 5 hari. Ia bermula pada hari raya pertama sehingga hari raya yang ke lima.

Video ala-ala dokumentari ini juga merupakan yang pertama buat Malaysian Riders dan seumpanya di Malaysia. Dengan itu, pihak Malaysian Riders kini masih mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan cara perfileman projek sebegini. Apanpun, kami boleh memastikan bahawa kami akan berikan yang terbaik kepada yang menonton dan akan sentiasa mencuba memperbaiki teknik perfileman kami untuk projek-projek akan datang.

Bagi menjayakan projek ini, pihak Malaysian Riders dan Bikers Cover Magazine bersama pihak-pihak penaja seperti TYGA Performance KL, Lubuk Lobster, Moto Work Services, Muna Optometris, Two Wheel Garage dan tidak lupa kepada penaja persendirian Azrin Izab yang telah sudi untuk bekerjasama dalam menjayakan projek ini. Buat masa ini, kami dalam proses pasca-produksi dan ia mungkin mengambil masa tidak lebih dari satu bulan.

Dengan itu kami berharap, anda akan tetap setia bersama kami dan nantikan kemunculan video dokumentari “Festive Journey with Honda” ini yang bakal muncul dalam laman YOUTUBE kami. Tidak lupa juga, kami akan berikan hadiah kepada anda yang telah setia mengikuti perkembangan Malaysian Riders sebaik shaja laman FACEBOOK kami mencecah 700 likes. Jadi, teruskan bersama kami di Malaysian Riders.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s