Yamaha XJ6 Untuk 2013

Berita gembira buat peminat jentera Yamaha XJ6 di seluruh dunia, Yamaha bakal mengeluarkan XJ6, Diversion dan Diversion F dengan kemaskini baru bagi model 2013 yang akan datang. Ia bakal menggegar pasaran dalam masa yang terdekat, namun begitu kemaskini terbaru dari Yamaha tersebut bukanlah sesuatu yang drastik. Ia lebih menyentuh kepada bahigan kosmetik sahaja.

Walaupun ia hanya kemaskini yang kecil jika ingin dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Kawasaki kepada jentera ER6 atau Ninja 650 mereka yang diberikan nafas baru pada tahun ini. Namun begitu, untuk model XJ6 ini Yamaha perlu lakukan sesuatu yang lebih drastik dan agresif pada tahun yang mendatang atau lebih baik, memperkenalkan model baru secara keseluruhan bagi menggantikan jentera tersebut.

Tiada spekulasi yang perlu dilakukan terhadap kemaskini ini kerana ia sememangnya boleh diperolehi tidak lama lagi dan peminat jentera ini hanya perlu menunggu bagi ia memasuki pasaran Malaysia. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE laman Facebook dan ikuti Channel Youtube kami untuk mendapatkan berita dari kami dengan lebih mudah.

9 Comments

  1. Adakah Xj6 Diversion F akan keluar di malaysia? Agak agak berapa ya? Tak sabar nak tunggu design ni keluar di malaysia! 😀

  2. Any feedback on the Diversion F? will it be on sale in Malaysia market for year 2014..? EU hs it already.. Can someone verify… TQ

Leave a reply to sahaln Cancel reply