Cubaan Rompakan Ducati Panigale Gagal

Image credited to digplanet.com

Perompak tanpa ada kemahiran yang tinggi dan amat bodoh itu.  Kami disini hanya mampu melihat dan huraikan apa yang telah berlaku di Selatan London, Croydon, United Kingdom iaitu di tempat kejadian rompakan berlaku di kawasan kedai pengeluar Ducati milik InMoto . Percubaan perompak tersebut gagal apabila rancangannya dapat dihalang oleh Kakitangan InMoto dan juga orang ramai yang berdekatan untuk cuba membantu menangkap mereka.

Kejadian ini dapat dirakam oleh CCTV milik InMoto pada waktu kejadian tersebut berlaku. Sekiranya anda pernah menonton atau pun belum, anda akan lihat rakaman pertama didalam kedai tersebut dimana dua lelaki bertopikan “Full Face Helmet” ataupun dalam Bahasa Melayunya “Topi Keledar Penuh” memasukki kedai InMoto dan cuba memilih motosikal yang mana perlu mereka membawa keluar daripada kedai tersebut. Kebetulan pulak, seorang kakitangannya melalui di laluan berhampiran pintu masuk kedai terus menerkam salah seorang daripada perompak tersebut yang sedang membawa keluar motosikal Ducati Panigale daripada kedai tersebut.

Rakaman kedua adalah rakaman diluar kawasan berjalan kaki dihadapan kedai dimana ada beberapa rakan perompak yang menunggu rakan mereka membawa motosikal tersebut keluar daripada kedai. Tetapi, yang menghairankan kami adalah dimana kalau anda lihat salah seorang daripada rakan mereka memakai baju patulan keselamatan dan ia agak pelik, unik dan ada juga kesedaran tentang keselamatan diri semasa di jalan raya rupanya. Kejadian tersebut dapat dilihat oleh beberapa kakitangan InMoto yang berada diluar dan orang ramai yang datang membantu untuk menghalang rompakkan tersebut.

Pihak polis Croydon memberitahu kejadian rompakan tersebut kemungkinan adalah perompak yang sama telah melarikan tiga motosikal iaitu dua motosikal Aprilia 300 Scooter dan RSV4 Factory dalam dua tahun yang lepas. Kejadian ini masih dalam siasatan dan masih mencari suspek yang berkaitan dengan cubaan merompak motosikal tersebut di Kedai InMoto. Ini kami sediakan pautan untuk anda tonton video tersebut  <..>

Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE laman Facebook dan ikuti Channel Youtube kami untuk mendapatkan berita dari kami dengan lebih mudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s