Penunggang motosikal Suzuki RGV500 iaitu Kevin Schwantz anak kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat telah mengfailkan saman terhadap Circuit Of The Americas yang akan menjadi tuan rumah untuk litar lumba Texas MotoGP 2013.

Masalah utama yang menyebabkan Schwantz mengambil keputusan begitu adalah dimana beliau telah membuat rancangan untuk promosikan perlumbaan MotoGP melalui syarikatnya 3fourTexasMGP LLC, namun ada beberapa perjanjian yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2013 hingga 2022 tapi ia telah berubah kepada tahun 2011. Akan tetapi, yang menyebabkan Schwantz menyaman Circuit Of The Americas adalah dimana Circuit Of The Americas memberitahu tiada dokumen perjanjian promosi kontrak antara beliau dengan mereka.
Jadi Schwantz mengemukakan surat penyamanan undang-undang terhadap mereka dan mendakwa COTA cuba untuk meminggirkan beliau dan urusan yang sepatutnya milik beliau telah bertukar kepada urusan secara langsung hak-hak pemegang MotoGP Dorna tanpa beliau disitu dan beliau agak kecewa dengan layanan yang diterima oleh beliau sekarang. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE laman Facebook dan ikuti Channel Youtube kami untuk mendapatkan berita dari kami dengan lebih mudah.