Image credited to myberita.com

Lebuhraya Karak, nama suatu tempat yang agak terkenal bila sesuatu perayaan mahupun hari-hari biasa orang ramai yang melaluinya untuk ke pantai timur. Akan tetapi, kami bukan hendak menyatakan tempat laluan itu terkenal dengan orang ramai melaluinya tetapi apa yang kami mahu nyatakan tempat laluan tersebut banyak mengundang kemalangan jalan raya.

Image credited to carca-marba.blogspot.com

Sehingga sekarang kami masih tercari-cari jawapannya berkaitan dengan laluan Lebuhraya Karak tersebut. Adakah ia berlaku disebabkan kecuaian pemandu ataupun tempat itu memang berhantu. Tapi, daripada pandangan kami mungkin ia adalah kesilapan pemanduan yang merbahaya yang datang daripada pemandu itu sendiri yang telah menggunakan laluan tersebut dan terus mengundang kecelakaan jalan raya.

Kami pernah melalui di Lebuhraya tersebut pada waktu siang dan malam untuk melihat gelagat pemandu-pemandu yang menggunakan laluan tersebut. Apa yang kami dapati, kebanyakkannya memandu dengan cara yang merbahaya dan mampu mengundang risiko kemalangan pada diri sendiri dan orang lain. Baik motosikal dan juga kereta, cara mereka selalunya akan menaikkan kelajuan kenderaan di kawasan selekoh jalan dan juga di kawasan penurunan bukit.

Mungkin faktor-faktor ini menyebabkan kemalangan jalan raya yang begitu teruk di Lebuhraya Karak dan bukannya disebabkan tempat itu berhantu. Tetapi, itu mungkin daripada pandangan kami yang bukan selalu melalui laluan tersebut. Mungkin ada pandangan yang lain juga pada pemandu yang kerap menggunakan laluan tersebut ke Pantai Timur. Akhir kata, kita sama-samalah berwaspada semasa memandu ataupun juga yang menunggang motosikal.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger