Image credited to ducati.com

Ducati, satu jenama motosikal yang sudah terkenal di seluruh dunia dan syarikat KW Entertainment dan DEF Company telah memaparkan adegan aksi artis mereka yang dikenali “Goddess”  didalam music video yang bertajuk “Dirty Boy” bersama dengan motosikal berkuasa tinggi seperti Ducati. Kalau anda tengok teaser video mereka, terdapat dua jenis motosikal yang digunakan iaitu Ducati Daivel dan Monster.

Image credited to mtviggy.com

Bagi Ducati Daivel, apabila anda menonton teaser video tersebut anda akan mendengar bunyi motosikal Ducati Daivel yang agak garang. Konsep rekaan Ducati Daivel adalah berteraskan “naluri asas” dan ia lahir daripada ilham pereka untuk merealisasikan rekaan berbentuk lebih rendah dan panjang. Contohnya seperti  keadaan atlet lari pecut sebelum memulakan lariannya. Ducati Daivel di lengkapi “Mod Tunggangan” ataupun dalam bahasa asingnya “Riding Mode”. Mod Tunggangan tersebut dilengkapi tiga jenis mod iaitu Mod Sport, Mod Touring dan Mod Urban dan ia adalah hasil gabungan dua system seperti Ride-by-Wire (RbW) dan Ducati Traction Control (DTC). Mod Sport dikhususkan untuk tunggangan yang terlalu ekstrem dan lasak dan kelajuan boleh mencapai had 162hp. Bagi Mod Touring dikhususkan untuk perjalanan yang agak santai dan ia sesuai untuk digunakan bagi perjalanan yang jauh dan kelajuannya mencapai had 162hp. Mod Urban hanya dikhususkan dalam perjalanan yang dekat ataupun perjalanan di dalam bandar mahupun kampong dan kelajuannya mencapai had 100hp. Diavel juga menggunakan radiator sisi berkembar untuk menjaga bahagian hadapan agar sentiasa bersih pada kedua-dua belah sisi motosikal tersebut.

Image credited to ducati.com.my

Anda boleh melihat ada tiga jenis pilih motosikal Ducati Daivel iaitu seperti Daivel, Daivel Carbon dan Diavel AMG. Anda boleh melayari laman sesawang mereka di www.ducati.com.my dan anda boleh menonton teaser music video tersebut di youtube “Official Goddess”. Apapun, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan sila LIKE laman Facebook dan ikuti Channel Youtube kami untuk mendapatkan berita dari kami dengan lebih mudah.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger