Image credited to carigold.com

Apakah jenis motor yang anda minat sebenarnya? Adakah anda lebih berminat dengan jenis vespa, kapcai atau superbike? Soalan-soalan begini haruslah ditanya dahulu pada hati dan minat masing-masing dan juga jangan lupa bahawa motor yang anda pilih haruslah bersesuaian dengan keadaan dan kewangan anda sekarang ini. Tapi tak hairanlah sekiranya anda beli semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.

Pelbagai jenis motosikal yang ada dipasaran mahupun yang telah ada sejak dahulu lagi. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa motosikal yang kita tunggang sekarang ada pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Contohnya Vespa, Scooter, Superbike, Scrambler, Touring Bike dan Kapcai. Pencipta motosikal tidak mengkhususkan sesuatu ciptaannya semata-mata hanya untuk menunggang di jalan raya sahaja. Pencipta tahu bahawa penunggang itu sendiri akan membuka ruang pembaharuan terhadap motosikal itu.

Adakah kita pernah terfikir? mengapa pencipta banyak mengkhususkan ciptaan mereka pada golongan tertentu seperti golongan atasan, pertengahan dan bawahan. Pencipta mahu mengkhususkan setiap motosikal yang dicipta ada peminatnya yang tersendiri dan sanggup menubuhkan dunia komunitinya.

Sehingga sekarang ini, pelbagai jenis motosikal diadaptasi ciptaannya berdasarkan komuniti motosikal itu sendiri. Kita mungkin juga tidak tahu, laman sosial yang kita gunakan sekarang ini mungkin salah satu cara pencipta motosikal untuk mendekatkan lagi hubungan mereka dengan penunggang dan dengan cara tersebut bolehlah pencipta mengembangkan ciptaannya berdasarkan pendapat pengguna sendiri. Ia secara langsung dapat menjana idea kepada pencipta untuk mencipta motosikal yang lebih baik di masa hadapan.

One response to “Minat Anda?”

  1. Rising Light Avatar

    Supersport, 4 inline, injection, mostly on Twin Spar.. ๐Ÿ˜€

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger