Kehebatan Azlan Shah di dunia Cup Prix Malaysia

Image credited to malaysiancubprix.com

Azlan Shah Kamaruzaman, Anak kelahiran daripada Klang, Selangor ini tidak luntur semangat juangnya dalam bidang permotoran ini. Permulaan kariernya pada tahun 2003, Azlan Shah mula berjinak dalam dunia permotoran ini sejak umurnya 19 tahun lagi. Azlan Shah mula menunjukkan kehebatannya pada tahun 2003 dan 2004 di perlumbaan kategori WIRA EPG.

Image credited to sinarharian.com.my

Kalau tengok secara menyeluruh statistik perlumbaan dia, kemahirannya dalam mengendalikan jentera amat memuaskan. Setiap kali ada perlumbaan Cup Prix Malaysia, kedudukan Azlan Shah tidak akan mudah berubah dalam kelompok tangga diantara yang ke-2. Prestasi dia memang agak memberangsangkan dan tidak mudah mengalah dengan setiap apa yang dia hadapi.

Image credited to jokisenja.blogspot.com

Pada pusingan yang ke-6 di Muar, Johor baru-baru ini, Ahmad Fazrul Sham daripada Kumpulan Faito Motobert Racing dapat menaiki tangga podium yang pertama dan diikuti Azlan Shah Kamaruzaman daripada Kumpulan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing di tangga podium ke-2 dan seterusnya Md Zamri Baba daripada Kumpulan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline di tangga podium ke-3. Kami harap Azlan Shah dapat mengekalkan prestasi dan dapat tingkatkan lagi kemahirannya pada setiap perlumbaan Cup Prix Malaysia ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s