Selepas meneliti satu demi satu penyertaan yang kami terima dari pihak pembaca dan penonton kami dalam tempoh yang telah kami berikan. Kini kami telah membuat keputusan untuk mengumumkan pihak-pihak yang telah berjaya memenangi pertandingan 700 LIKES GIVEAWAY yang kami anjurkan dengan kerjasama KG BIKERS MART, GIVI dan juga pihak APPLE.
Namun sebelum itu, ingin kami ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Kami berharap ia dapat mengeratkan sedikit perhubungan antara pihak Malaysian Riders dan juga pembaca atau penonton kami yang telah setia mengikuti perkembangan Malaysian Riders selama ini.
Dengan itu, pemenang-pemenang yang telah terpilih adalah seperti berikut:
Tempat Pertama – Rising Light (Abdul Halim)
Tempat Kedua – Jay Kay (JayKay Goo)
Tempat Ketiga – Syafiq Asyraaf (Muhammad Syafiq Asyraaf)
Hadiah Misteri – Siti Azanah Saimon
*semua pemenang akan dihubungi bagi proses seterusnya
Tahniah kepada semua pemenang dan kami harapkan kepada yang turut serta atau sesiapa pun diluar sana dapat teruskan memberi sokongan kepada pihak Malaysian Riders pada masa akan datang.
Nama aku xder ker.huhuhuhu