
Jorge Lorenzo Guerrero, penunggang MotoGP yang terkenal dengan kelincahan dalam mengendalikan jenteranya di atas litar. Jorge Lorenzo memulakan kariernya sejak daripada umur 15 tahun lagi dan mula menunggang motosikal Derbi RS 125 dalam kategori 125cc. Beliau terus mencipta nama dalam dunia permotoran ini dari kategori 125cc ke 250cc sehingga MotoGP.
Baru-baru ini, Jorge Lorenzo sempat bertemu dengan peminat setianya di Malaysia. Beliau sungguh terharu dengan sokongan padu yang diterima daripada peminat di bahagian Asia tenggara. Beliau merasakan perlumbaan yang bakal tiba tidak lama lagi ini, mungkin cukup mencabar baginya dan kumpulan Yamaha-YMR kerana Litar Sepang berlainan dengan litar-litar yang lain. Tapi apa pun, Jorge Lorenzo akan berusaha untuk mengekalkan tahta podium tersebut sehingga tamatnya MotoGP untuk musim ini.
