Ducati Monster 795 Review

Pihak Malaysian Riders baru-baru ini telah berpeluang untuk menunggang uji jentera Ducati Monster dengan kerjasama pihak Ducati Malaysia. Ducati Monster 795 ini merupakan sebuah jentera yang direka khas dengan pengkhususan kepada penunggang dari Asia. Dengan harga yang diletakkan yang boleh dikatakan sebagai harga yang murah buat sesebuah jentera buatan Itali ini, semestinya pihak Malaysian Riders juga perlu merasai sendiri jentera Monster 795 ini dan berkongsi pendapat kami dengan anda semua.

Kami hanya diberikan tempoh selama 3 hari sahaja untuk melakukan sesi tunggang uji dan sesi penggambaran filem. Tempoh tersebut adalah tidak mencukupi sekiranya mengambil kira untuk perjalanan dan persediaan untuk penggambaran filem yang sememangnya mengambil masa. Namun apapun, kami tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada penonton kami dan juga kepada pihak yang telah setia sekian lama dengan Malaysian Riders.

Ducati Monster 795 dengan harga atas jalan dalam linkungan RM62,000 ini tidak sedikitpun menjejaskan kredibilitinya sebagai jentera Ducati. Kualiti binaannya masih pada tahap yang tnggi dan kuasa jentera ini tetap memberikan kepuasan kepada sesiapa yang inginkan kuasa yang serta merta dengan konfigurasi enjin L-Twin Cylinder Desmodromic yang digunakannya. Apapun, Sila tonton Filem Ducati Monster 795 Review yang kami bawakan khusus untuk anda semua.

Teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk lebih banyak kandungan yang menarik pada masa akan datang. Kami galakkan anda semua untuk mengikuti perkembangan kami dengan LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE laman YOUTUBE kami. Ia dapat memudahkan anda untuk mengikuti semua perkembangan dari pihak Malaysian Riders.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s