
Perlumbaan Moto3 dan Moto2 di Litar Sepang yang berlangsung semalam amat membanggakan rakyat Malaysia kerana perlumba negara sememangnya mempunyai kebolehan yang begitu tinggi dari segi pengendalian jentera masing-masing. Apa yang lebih membanggakan adalah Zulfahmi Khairuddin dapat menunjukkan peningkatan prestasinya dirinya kepada peminatnya dimana beliau mampu menempah tempat yang ke-2 di Litar Sepang semalam.

Perlumbaan semalam sememangnya yang terbaik untuk musim ini kerana kedua-dua perlumba negara mampu bersaing dengan penuh semangat walaupun keadaan cuaca yang tidak baik dan merbahaya. Dalam kategori Moto3, Zulfahmi mendapat catatan masa pertama untuk pusingan terpantas (Fastest Laps) iaitu 2’15.142. Bagi Kategori Moto2, Hafizh Syahrin tidak dapat pertahankan tempat pertama selepas beliau memotong Gino Rea daripada kumpulan Federal Oil Gresini Moto2 dan hanya mampu bertahan di tempat yang ke-4 sahaja. Dalam perlumbaan Moto2, Hafizh sahaja yang berani untuk menunggang jentera dalam keadaan yang ekstrem walaupun waktu itu keadaan permukaan litar agak licin dan basah.
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan dua wira negara ini kerana mereka mampu buktikan kepada perlumba negara lain bahawa mereka juga bukannya persaing yang boleh diambil remeh-temeh. Jadi untuk dapatkan maklumat terkini, teruskan bersama kami di Malaysian Riders dan jangan lupa untuk LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE laman YOUTUBE kami.