Image credited to http://thestar.com.my

Perlumbaan yang berlangsung di GP Generali De La Comunitat Valenciana baru-baru ini memang telah mengubah sejarah permotoran dunia terutamanya di Malaysia. Ia kerana anak kelahiran Banting, Selangor ini telah menaiki podium di tempat yang ketiga di litar yang terakhir sekali lagi untuk musim MotoGP kali ini.

Image credited to mdanif.com

Memang tidak disangka-sangka bahawa Zulfahmi Khairuddin telah membuktikan bahawa pelumba Malaysia juga mampu menaiki podium walaupun bukan ditempat sendiri. Kalau dilihat dalam perlumbaan ini Zulfahmi mampu mengekalkan posisi beliau dalam kelompok yang berada dihadapan sekali sehingga ke pusingan terakhir. Zulfahmi dapat memotong rakan seperjuangannya iaitu Brad Binder daripada pasukan RW Racing GP di saat-saat akhir perlumbaan tersebut sebelum berada didalam kelompok tiga yang teratas bersama dengan pesaingnya iaitu Sandro Cortese dan Danny Kent daripada pasukan Red Bull KTM Ajo. Dengan kejayaan Zulfahmi ini dapat membuka mata rakyat Malaysia sekali lagi dan ia adalah kejayaan besar untuk pasukan AirAsia-Sic-Ajo untuk maju didalam perlumbaan Moto3 di musim akan datang nanti.

Anda boleh melihat keputusan lengkap di laman sesawang MotoGP di www.motogp.com dan anda jangan lupa untuk mengikuti laporan atau berita terkini bersama kami di Malaysian Riders dan jangan lupa untuk LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE laman YOUTUBE kami.

One response to “Wira Kebanggaan Untuk Malaysia”

  1. Hafiz Avatar

    Tahniah Zulfahmi!

Leave a reply to Hafiz Cancel reply

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger