AES, bukanlah satu isu yang baru ditimbulkan oleh pihak pengguna jalan raya di Malaysia dengan pelbagai tomahan negatif telah dilontarkan kepada pemasangan sistem kamera tersebut di jalan raya tempatan. Kini sampai masa kami sendiri ingin memberi pandangan kami terhadap isu kamera perangkap kelajuan yang menjadi isu sejak hari pertama ia diusulkan sehingga sekarang.
Kenapa baru sekarang kami ingin menyuarakan pandangan kami, ia semuanya bermula dari berita yang kami terima hampir 14,000km dari Malaysia atau dengan lebih tepat lagi dari negara Perancis. Kami mendapat berita bahawa segelintir pihak polis trafik disana telah mengambil keputusan untuk sendiri melakukan sabotaj terhadap sistem yang hampir sama digunakan pihak penguatkuasa di Perancis dan Malaysia.
Diringkaskan daripada berita yang kami terima, kumpulan pegawai polis trafik di Perancis tersebut merasakan fokus yang diberikan kepada keselamatan jalan raya kurang diberikan berbanding dengan keuntungan yang dapat dilakukan melalui saman salah laku jalan raya yang mencecah €700 juta dalam tahun 2011 sahaja. Pemasangan kamera perangkap laju ini bukanlah satu jalan bagi mendisiplinkan pengguna jalan raya.
Kami berpendapat, sistem tersebut merupakan alasan kepada penguatkuasa untuk hanya membuat keuntungan atas kedegilan pengguna sahaja. Namun, manusia merupakan makhluk yang cepat belajar dari situasi dan kita semua akan menyesuaikan diri dengan keadaan yang terjadi. Ini bermakna, pengguna akan menjaga tingkah laku hanya pada lokasi yang terdapat kamera tersebut sahaja. Ini tidak langsung membantu mendisiplinkan pengguna secara keseluruhan diatas jalan.

Tidak perlu untuk kami ulaskan dengan lebih mendalam tentang isu ini, apa yang pasti adalah pemasangan sistem ini hanyalah sebuat jenaka yang hanya akan diperlekehkan oleh pengguna jalan raya dan ia bukanlah jalan yang terbaik untuk mengawal disiplin pengguna jalan raya. Pendidikan khusus yang lebih mendalam adalah jawapan sebenar dalam meningkatkan keselamatan jalan raya.
Jadi, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mengikuti pekembangan semasa dari tanah air dan antarabangsa. Sila klik LIKE dalam laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE kepada laman YOUTUBE kami untuk memudahkan anda mengikuti perkembangan yang kami bawakan khas untuk anda semua.
AES mungkin sesuai dan mungking juga tidak sesuai di Malaysia. Mari kita sama-sama lihat statistik yang akan dikeluarkan nanti, samaada sistem ini berkesan mengurangkan dan mendisplinkan pengguna jalan raya.