Pada 25 Haribulan November 2012, bertempat di perkarangan pangsapuri kos rendah Taman Tun Teja Fasa 2, Rawang. Pihak Malaysian Riders telah berkesempatan untuk menyertai sebuah acara anjuran PDRM yang diadakan buat julung kalinya dari pihak PDRM sendiri untuk bersama-sma mengenali penduduk setempat.
Kami mengambil peluang ini untuk turut sama merapati dengan pengunjung bagi mempromosikan diri kami sebagai badan media bebas khusus tentang permotoran dua roda ini. Kami juga berkesempatan untuk bersua muka dengan pihak bikers yang turut hadir bagi memberi sokongan terhadap acara ini.
Selain itu, kami yang turut menganjurkan pertandingan SBK CHALLENGE yang mana dapat mempromosikan arena sukan permotoran dengan lebih mendalam kepada anak-anak kecil yang bakal menjadi pewaris kepada negara satu hari nanti. Kami berharap, walaupun acara ini bukanlah sesuatu yang berskala besar bagi kami namun ia tetap dapat meninggalkan impak yang positif kepada nama Malaysian Riders.
Dengan itu, teruskan bersama kami dan kami hargai setiap sokongan anda yang tidak putus-putus hingga ke hari ini. Sila LIKE laman FACEBOOK kami dan SUBSCRIBE lama YOUTUBE kami bagi mengikuti perkembangan Malaysian Riders dengan lebih mudah.
Satu insiatif yang baik bagi merapatkan silaturahim.