Dalam masa kita masih mebuak-buak dengan keinginan untuk melihat sendiri dengan mata kasar untuk jentera baru dari pihak Honda iaitu kesemua jentera siri 500cc-nya. Rakan seperjuangan dari United Kingdom kami sudahpun mula membuat tunggang uji untuk jentera tersebut. Sedikit perasaan iri hati mula timbul pada kami kerana di Malaysia pula, berbeza suasananya.
Kemunculan jentera-jentera tersebut masih dinantikan dan ia masih menjadi tanda tanya kepada kami berapakah harga yang bakal ditawarkan. Apapun, bercerita tentang CBR500R. Jentera ini sememangnya mempunyai rupa yang seakan sama dengan saudaranya yang lebih besar CBR1000RR. Namun begitu, enjin yang digunakan adalah jauh berbeza dari segi kapasiti dan variasi sehinggakan timbul rasa sangsi sama ada ia patut diberikan nama CBR tersebut.
Dalam ulasan tunggangan pertama yang diberikan pihak Visordown.com, mereka berpendapat jentera ini beraksi dengan baik dan seperti mana yang diketahui. Honda merupakan sebuah syarikat pembuat jentera yang mempunyai ciri-ciri ekonomikal dan ketahanan yang baik. Ini memberikan jentera-jentera tersebut markah yang rendah bagi keseronokan optima dan sebagainya.
Persoalannya disini bukanlah sesuatu yang rumit buat kami, sememangnya jangkaan kami buat jentera CBR500R ni tidak akan melangkaui tahapnya sendiri. Tetapi lebih kepada berpatutankah harga yang akan diletakkan nanti dan berbaloikah dengan tekonologi dan reka bentuknya dengan peredaran ekonomi sekarang yang tidak menentu. Jadi apapun, kami di Malaysian Riders berharap agar pihak Boon Siew Honda dapat membawa masuk jentera ini dengan kadar yang segera supaya penilaian yang telus dapat diberikan.
bro boleh buat review cbr1000 rr abs tu x?ingat nak beli dh.. tapi confius dgn yzf-r1