Zulfahmi Konsisten

best time: 1.57.512
best time: 1.57.512, Jerez Moto 3 Official Test (Session 3)

Selepas sekian lama berehat dari dunia sukan permotoran antarabangsa khususnya kejohanan MotoGP dan rangkaiannya. Pihak Malaysian Riders kini kembali ingin memfokuskan sediki tenaga kepada kejohanan ini. Kejohanan Moto3 dibawah naungan MotoGP telahpun menjalankan ujian rasmi mereka di litar Jerez baru-baru ini dan Zulfahmi yang turut berada disana unutk ujian tersebut tampak konsisten dengan catatan masanya.

Cuaca yang tidak sentiasa baik memberikan sedikit cabaran buat semua penunggang kejohanan Moto3 tahun ini. Namun begitu, ia tidaklah terlalu kritikal hingga melenyapkan usaha mereka untuk bersedia untuk kejohanan itu yang bakal bermula pada 7 April 2013 ini di litar Losail, Qatar.

All photos are credited to Zulfahmi Official FB Page
All photos are credited to Zulfahmi Official FB Page

Dari apa yang kami perhatikan melalui ujian dan catatan masa yang diperoleh dari Zulfahmi ini. Masih banyak yang perlu diusahakan bagi mencapai tahap optimum bagi memulakan saingan pada musim ini. Dengan sokongan penuh dari pasukannya dan pihak KTM sendiri. Peluang ini perlulah digunakan sepenuhnya dan sekiranya beraksi baik ini mungkin membuka pintu kepada Zulfahmi untuk meningkatkan usahanya ke arah tahap yang lebih tinggi.

All photos are credited to Zulfahmi Official FB Page
All photos are credited to Zulfahmi Official FB Page

Apapun, kami dari pihak Malaysian Riders dan seluruh rakyat Malaysia tidak ingin meletakkan tekanan yang tinggi kepada penunggang muda itu supaya beliau boleh fokus dengan lebih mudah terhadap kerjayanya sendiri dan seterusnya mengharumkan nama negara di persada sukan permotoran antarabangsa. Untuk itu, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk mengikuti perkembangan beliau dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s