IMPIAN: Filem Pendek Tentang Impian Penunggang

Impian Official Poster

Sekian lama pihak Malaysian Riders mengumpul tenaga, dana dan idea bagi menjayakan sebuah rancangan yang berbeza dari norma perjalanan organisasi kami. Barulah sekarang pihak kami perolehi semua yang diperlukan bagi menggerakkan usaha tersebut walaupun ia dilaksanakan dengan serba kekurangan. Namun begitu, pihak kami tetap mencuba dalam melakasanakan yang terbaik bagi mewarnai industri automotif dan filem tempatan dengan sebuah karya yang berbeza sedikit dari konsep yang biasa dipertontonkan.

Filem “IMPIAN” ini bukanlah sesuatu yang bakal menjadi pencetus fenomena baru dalam industri filem tempatan apatah lagi antarabangsa. Tetapi ia dijangka boleh membuka mata komuniti tempatan dan antarabangsa sedikit dengan gayanya dan mesej yang cuba disampaikan dari penulisannya. Ia tercetus dari pengumpulan idea yang datang selepas perbincangan, pemerhatian dan imajinasi penulis untuk menghasilkan sebuah filem pendek yang berkisarkan kehendak manusia dan aksi motosikal dengan sentuhan yang lebih serius dan menggamit perasaan. Ini berbeza berbanding dengan mana-mana filem yang berunsurkan permotoran yang menyentuh isu gangsterisme dan lawak jenaka yang sering diputarkan oleh pembikin filem tempatan.

Behind the scene
Behind the scene

Namun begitu, tidak pula pihak Malaysian Riders menyatakan filem pendek “IMPIAN” ini sebagai filem yang lebih baik berbanding filem lain. Cuma ia hanya satu objektif yang cuba kami capai dalam mewarnai indusri perfileman dan automotif tempatan. Filem pendek ini ditulis dan diarahkan oleh Pengarah Kreatif Malaysian Riders sendiri iaitu Muhammad Rashidi dan ia dilaksanakan dengan kerjasama antara Broad Speed Enterprise selaku syarikat pengurusan kepada Malaysian Riders bersama SukaShutter yang menjadi penggerak bersama untuk sesi perfileman filem pendek ini.

Secara ringkasnya, filem ini berkisarkan tentang impian seorang penunggang untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pelumba profesional dalam arena sukan permotoran motosikal. Ia merupakan sebuah permulaan bagi perjalanan karakter tersebut dan melambangkan bahawa impian yang ingin dicapai itu mempunyai satu tempoh perjalanan yang panjang dan berliku. Namun, itu merupakan lumrah dan realiti sebenar tentang perjalanan seseorang penunggang untuk menjadi seorang pelumba yang berkaliber.

behind the scene
behind the scene

Filem pendek ini bakal ditayangkan melalui saluran YOUTUBE pihak MALAYSIAN RIDERS dan juga akan dikeluarkan dalam bentuk DVD dengan cetakan terhad bagi memberikan sedikit isi kandung eksklusif kepada peminat atau penyokong usaha kami dalam memberikan rancangan automotif yang unik dan istimewa didalam industri ini. Dengan itu, pihak kami berharap sokongan yang padu dapat diberikan dalam membantu usaha kami dalam mewarnai industri automotif dan perfileman tempatan untuk kebaikan semua. Lawati laman FACEBOOK kami untuk ikuti perkembangan lanjut dari Malaysian Riders.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s