Selangor Motor Race Kuala Selangor

smr1

Selangor Motor Race Championship 2013 (SMR 2013) Track Day meneruskan perlumbaan musim ini dengan venue tumpuan di kawasan barat Negeri Selangor iaitu di Kompleks Sukan Kuala Selangor di atas permintaan tinggi oleh kelompok remaja dan peminat sukan lumba bermotorsikal tempatan. Atas usaha ini, secara lansung Majlis Daerah Kuala Selangor mempunyai satu mercu tanda dan tarikan pelancongan yang baru dan seterusnya menyumbang kepada hasil ekonomi daerah tersebut.

Bagi musim 2013, pihak promoter SMR 2013 telah melaksanakan beberapa pembaharuan status, format dan sistem perlumbaan. Di antaranya, SMR 2013 telah dinaiktaraf kepada tahap perlumbaan Jemputan Antarabangsa (International by Invitation) dengan membenarkan pelumba-pelumba serta pasukan luar Negara terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Selain itu, bilangan pusingan (laps) dalam satu-satu sessi perlumbaan telah ditambah kepada 30 pusingan bagi 3 kategori “Standard Modified” dan 33 pusingan bagi kategori “Marco Simoncelli Cup”. Dalam masa yang sama, pihak promoter telah menaikkan hadiah tunai kemenangan tertinggi iaitu RM 1,700 untuk setiap kategori “Standard Modified” dan RM 2,500 untuk kategori “Marco Simoncelli Cup”.

Pengenalan peraturan “Standard Modified” bagi kategori SR 130 4T, SR 150 4T dan SR 150 2T telah berjaya mengatasi dilemma kos yang tinggi dalam sukan permotoran dua roda tanahair di mana peraturan tersebut telah berjaya meminimumkan kos pengubahsuain motorsikal 150cc ke bawah di antara RM 3,000 – RM 6,000 sahaja. Dengan perlaksanaan peraturan “Strip Engine” penganjur dapat memastikan perlumbaan dijalankan secara adil dan saksama. Bagi pelumba dan pasukan professional pula, pihak penganjur juga memperkenalkan kategori SR Marco Simoncelli Cup
iaitu peraturan terbuka motorsikal empat lejang di bawah 150cc. Antara pasukan yang menyertai Selangor Motor Race pada musim yang adalah pasukan Motul Yamaha YY Phang, Ah Hong Yamaha Raceline, CK Racing dan Seng Motorsports.

smr2

Dengan penglibatan MOTUL Malaysia sebagai penaja minyak pelincir rasmi, SMR 2013 menjanjikan aksi perlumbaan motorsikal tahap maksimum ekstrem dan lebih menarik untuk para pelumba, pasukan perlumbaan dan seterusnya kepada penonton. Dengan tagline “Racing Sampai Demam” iaitu format perlumbaan maksimum 30 pusingan untuk
perlumbaan Heat 1 dan Heat 2 serta 33 pusingan untuk Final Premier, ia telah berjaya menarik penyertaan dari seluruh Negara terutamanya Negeri Selangor. Penyertaan SMR 2013 track day ialah seramai 37 pelumba baru dan lama manakala telah berjaya menarik 2,000 pengunjung tempatan mahupun luar tempatan.

Kejuaraan SMR 2013 telah diisi oleh muka lama dan juga muka baru. Bagi perlumbaan Final kategori SS 130 4T telah dimenangi oleh pelumba muda Adik Amirul Hakim Mohd Rizal (15 tahun) diikuti oleh Adik Muhammad Ilyas Ahmad Fuad (16 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Adik Azroy Hakeem Anuar (14 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi
perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh En. Dahari Embong, Pengerusi Kelab DACS Selangor.

Bagi kategori SS 150 4T pula, Juara telah diungguli oleh Saudara Mohd Emy Nordin Ahmad (27 tahun), naib juara oleh Mohd Shahriman Mohd Yusop (34 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Mohamed Fizwan Ridwan (28 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Kassim, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram.

Seterusnya bagi kategori SS 150 2T, Juara telah disandang oleh jaguh perlumbaan 2 lejang tempatan iaitu Mohamad Kanafi Bin Kamarudin (31 tahun), diikuti rapat oleh Ustaz Muhammad Imran Zulkafli (29 tahun) dan ketiga oleh Mohd Hyzat Fandi (25 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Saudara Khairul Hafiz Salihin, Pengerusi Kelab ARC Selangor.

smr3

Untuk kategori Premier iaitu Marco Simoncelli Cup Open 4T, Juara telah dirangkul oleh Adik Abdul Muhaimin Roslan (22 tahun), naib juara oleh Mohamad Kanafi Bin Kamarudin (31 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Atan Mohd Nasir (25 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Saudara Mohd
Azham Abd Rahim, Pengawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram.

Peminat sukan lumba motorsikal dan penduduk tempatan telah memberi sambutan serta respon hangat kepada SMR 2013 Track Day dengan kehadiran seramai 2,000 orang ketika satu acara berlansung. Bagi kebanyakan remaja bermotorsikal tempatan, mereka berharap lebih banyak lagi acara seumpana ini diadakan di Kuala Selangor dan mereka
berharap agar tapak parkir Kompleks Sukan Kuala Selangor dinaik taraf menjadi litar perlumbaan bermotor kekal sebagai venue tetap aktiviti sukan bermotor.

Kebanjiran tambahan penonton juga adalah atas usaha penganjur menambah baik acara dengan menganjurkan aktiviti ARC SATURDAY & SUNDAY NIGHT FEVERMANIA. Acara khusus untuk penunggang motorsikal awam dikalangan remaja
dan belia merasai pengalaman berlumba di litar yang selamat dengan diberi tunjuk ajar oleh 2 pelumba professional dari SMR & Malaysian Cub Prix. Seramai 50 peserta telah menyertai acara ini serta mampu menarik minat tidak kurang 1,000 penonton. Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kuala Selangor, Persatuan Ketua Kampung Daerah Kuala Selangor dan ramai pihak mengakui acara ini amat berjaya dan diyakini mampu membantu pihak berkuasa menangani masalah gejala lumba haram atau Mat Rempit. Cadangan mereka supaya acara ini diteruskan di
masa hadapan terutamanya di daerah Kuala Selangor dan daerah-daerah lain di Negeri Selangor.

smr4

Kejayaan SMR 2013 ini adalah hasil kerjasama dan sokongan yang padu daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Negeri Selangor di bawah pimpinan Y.B Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi serta penaja pelincir rasmi SMR 2013 iaitu MOTUL Malaysia. Pihak promoter kejohanan juga mengucapkan jutaan penghargaan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan IPD Kuala Selangor serta kakitanganya di atas bantuan dan sokongan teknikal, logistic dan sumber manusia bagi menjayakan SMR 2013 TRACK DAY.

SMR 2013 akan diteruskan lagi pada 2 & 3 November venue sama iaitu di Kompleks Sukan Kuala Selangor dan pihak promoter menjangkakan penyertaan akan datang akan melebihi 50 penyertaan bagi pusingan tersebut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s