Siri perlumbaan ke-10 MotoGP menyaksikan kesemua pelumba menghadapi cabaran sukar di Brno, Czech Republic. Cuaca yang sejuk ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu, membuatkan semua pasukan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan pelarasan terbaik bagi kedua-dua keadaan cuaca.
Hari pertama Brno menyajikan cuaca sejuk dan curahan air hujan kepada para pelumba untuk Sesi Latihan pertama. Seperti yang dijangkakan, Hafizh Syahrin (HS) berada dikelompok hadapan dengan catatan masa ke-4 terbaik bagi sesi tersebut. Namun HS dan pasukan masih belum dapat buktikan mereka adalah pencabar ketika trek kering; pada Sesi Latihan ke-2 HS hanya sekadar mencatat masa terbaik di tempat ke-15 dan berjaya memperbaiki catatan masa pada Sesi Latihan 3 dengan kedudukan ke-13.
[kredit gambar: Official Fan Club HS page]
Ketika Pusingan Kelayakan yang menentukan kedudukan grid perlumbaan, HS kelihatan bergelut untuk mencatat masa terbaik dan sekadar berada di kedudukan ke-16 pada akhir sesi, dibelakang Khairul Idham Pawi yang berjaya memberi kejutan untuk berada di kedudukan ke-13 [baca Khairul Idham Positif di Bruno]
Perlumbaan pada hari Ahad dengan trek yang masih lembap di sesetengah kawasan, Pengarah Perlumbaan memutuskan perlumbaan sebagai perlumbaan kering. HS yang berada di kelompok tengah berusaha sedaya-upaya untuk mengejar kelompok hadapan dan berjaya memintas beberapa pelumba lain untuk berada di kedudukan ke-13. HS kelihatan selesa dan yakin untuk menyerang namun tidak siapa menduga bahawa hujan akan turun serta perlumbaan dihentikan demi keselamatan para pelumba. Oleh kerana perlumbaan belum mencapai 75% lengkap maka perlumbaan akan dimulakan semula dengan jumlah hanya 7 pusingan dalam kedaan hujan. Petak perlumbaan ditentukan perpandu kedudukan pada pusingan terakhir sebelum bendera merah dikibarkan. Maka HS bermula pada petak ke-13 untuk perlumbaan semula hujan.
Sesuai dengan gelaran Pescao yang bererti ikan kecil, ramai pihak meletakkan keyakinan tinggi terhadap HS untuk perlumbaan ketika basah ini seperti yang dipamerkan ketika Sesi Latihan pertama. Namun, semua menjadi serba tidak kena apabila HS kelihatan bergelut untuk bersama dengan kelompok hadapan serta sukar untuk mempertahankan kedudukan. Pada pusingan akhir, Khairul Idham memberikan tamparan yang lebih hebat kepada HS apabila beliau berjaya memintas HS dan menamatkan perlumbaan di hadapan HS. Satu mata berharga buat HS di tempat ke-15 namun masih banyak kekurangan yang perlu di atasi segera untuk perlumbaan akan datang.
Hafizh meyatakan tidak berpuas hati dengan tayar yang diberikan di laman Instagram sejurus tamat perlumbaan
Sesi Kelayakan: P16
Perlumbaan: P15
Mata Perlumbaan: 1
Mata Keseluruhan: 44
Artikel Oleh: JayKay
1ST!!!! pertamax