Khairul Idham Pawi Positif di Brno

Setelah sekian lama para pelumba berehat untuk musim panas, MotoGP bermula kembali dengan Trek yang sangat dikenali, Brno di Czech Republic.  Cuaca yang tidak menentu menjadi cabaran buat semua pasukan, tidak kurang juga bagi Khairul Idham Pawi (KIP); pelumba Moto2 negara pasukan IDEMITSU Honda Team Asia.

 

KIP yang juga terkenal dengan kehandalannya ketika trek basah kelihatan masih belum dapat menyesuaikan diri dengan jentera ketika Sesi Latihan pertama, dengan sekadar mencatat masa di tempat ke-29 daripada 33 pelumba.  Kejutan pertama adalah ketika trek kering pada Sesi Latihan kedua, KIP berjaya mencatatkan masa ke-18 terbaik hanya 1.319 saat di belakang pendahulu.  Pada Sesi Kelayakan pula KIP berjaya menghasilkan catatan masa lebih baik untuk berada di petak ke-13 untuk perlumbaan.  KIP yang baru sahaja menunggang Moto2 tahun ini memberi tamparan hebat kepada pelumba negara yang lebih senior, Hafizh Syahrin (HS) yang sekadar berada di petak ke-16. [baca Dunlop Punca Hafizh Syahrin Gagal di Brno?]

Perlumbaan bermula dengan baik bagi KIP, dimana beliau mampu bertahan bersama kelompok tengah serta mempertahankan kedudukannya daripada serangan pelumba lain.  Namun kuasa alam sekali lagi menjadi halangan buat para pelumba apabila Brno mulai dilanda hujan sehingga Pengarah Perlumbaan terpaksa mengibarkan bendera merah sebagai tanda perlumbaan dihentikan.  Perlumbaan dimulakan semula dengan berbaki 7 pusingan sahaja dengan keadaan trek basah.   KIP dilihat lebih tenang dan tidak meyerang sebaliknya lebih banyak bertahan untuk berada bersama kelompok tengah.  Strategi untuk mengikuti rentak HS di hadapan memberi KIP lebih keyakinan untuk bertahan.  Namun, pada pusingan akhir, KIP membuat kejutan dengan memintas HS dan berjaya mengakhiri perlumbaan dengan tempat ke-14 di hadapan HS.

PAWI

[Khairul Idham perlu lebih menonjol ketika perlumbaan]

Brno menjadi sejarah apabila KIP berjaya meraih mata pertama untuk musim ini di pentas Moto2 yang baru buat KIP.  Kejayaan mengatasi pelumba negara yang lebih senior pastinya memberikan suntikan semangat baru buat KIP dan pasukan.  Diharapkan KIP dapat mengekalkan rentak untuk baki musim 2017 dan memberi cabaran buat pelumba lain.

 

Sesi Kelayakan: P13

Perlumbaan: P14

Mata Perlumbaan: 2

Mata Keseluruhan: 2

 

 

Artikel Oleh: JayKay

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s