Kemunculan KYT Helmet dalam dunia permotoran Malaysia disambut baik banyak pihak.  Berbekalkan produk yang berkualiti dan menepati cita rasa pengguna, KYT Helmet mengorak langkah dengan memberi lebih banyak pilihan bagi pencinta dua roda di Malaysia khasnya.

Untitled

Sebahagian koleksi helmet KYT di FT Garage Racing

Tidak mensia-siakan kehangatan perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini, pihak KYT memberi peluang kepada semua peminat untuk merasai sendiri pengalaman hebat perlumbaan yang dinanti-nantikan saban tahun.  Para peminat berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi jenama KYT ini melalui pelbagai program menarik yang telah dirancang.

Peminat tanah air berpeluang untuk beramah mesra bersama para pelumba MotoGP secara langsung mulai hari ini sehingga ke hari perlumbaan berlangsung.  Dapatkan autograf dan swafoto bersama pelumba kegemaran anda!

UntitledJadual penuh untuk sesi beramah mesra bersama pelumba MotoGP

22712319_1837694732926710_8423606947922774733_o

22713460_1837694702926713_1031843992891403840_o

Sesi ramah mesra bersama pelumba MotoGP di FT Garage Racing

Selain itu, pihak KYT juga mengajurkan konvoi bermotosikal ke Litar Antarabangsa Sepang lengkap dengan tiket Main Grandstand pada hari perlumbaan, berbekalkan pelbagai hadiah menarik menanti untuk semua peserta konvoi pada hari tersebut.  Untuk pendaftaran serta pertanyaan lanjut, rujuk maklumat di bawah.

22770962_528957764104936_1804688671319193628_o

Jay Kay
Malaysian Riders

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger