Kemunculan KYT Helmet dalam dunia permotoran Malaysia disambut baik banyak pihak. Berbekalkan produk yang berkualiti dan menepati cita rasa pengguna, KYT Helmet mengorak langkah dengan memberi lebih banyak pilihan bagi pencinta dua roda di Malaysia khasnya.
Sebahagian koleksi helmet KYT di FT Garage Racing
Tidak mensia-siakan kehangatan perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini, pihak KYT memberi peluang kepada semua peminat untuk merasai sendiri pengalaman hebat perlumbaan yang dinanti-nantikan saban tahun. Para peminat berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi jenama KYT ini melalui pelbagai program menarik yang telah dirancang.
Peminat tanah air berpeluang untuk beramah mesra bersama para pelumba MotoGP secara langsung mulai hari ini sehingga ke hari perlumbaan berlangsung. Dapatkan autograf dan swafoto bersama pelumba kegemaran anda!
Jadual penuh untuk sesi beramah mesra bersama pelumba MotoGP
Sesi ramah mesra bersama pelumba MotoGP di FT Garage Racing
Selain itu, pihak KYT juga mengajurkan konvoi bermotosikal ke Litar Antarabangsa Sepang lengkap dengan tiket Main Grandstand pada hari perlumbaan, berbekalkan pelbagai hadiah menarik menanti untuk semua peserta konvoi pada hari tersebut. Untuk pendaftaran serta pertanyaan lanjut, rujuk maklumat di bawah.
Jay Kay
Malaysian Riders