GIVI EXPLORER – MEDAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK TERBAIK

GIVI Explorer_The Golden triangle Adventure 2017-127

Bukit Beruntung, 05 Feb – Sebagai salah satu pengeluar aksesori motorsikal terkemuka dunia, GIVI yang berasal dari Itali telah membuktikan produk mereka tahan lama dan berkualiti tinggi. Untuk mendapat hasil yang terbaik buat pengguna, pada setiap akhir tahun GIVI mengambil inisiatif yang digelar ‘GIVI Explorer Tour’. Kembara ini merupakan medan dimana produk-produk terbaru dan akan datang dari GIVI diujicuba didalam kondisi ekstrem dan cuaca yang pelbagai. Pada November lalu, ‘GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure’ telah melintasi 3 negara di Indochina iaitu Thailand, Kambodia dan Vietnam.

GIVI Explorer_The Golden triangle Adventure 2017-5

Kembara ini melibatkan 25 peserta dari seluruh dunia iaitu China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Columbia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam dan Malaysia sendiri. Manakala motorsikal yang digunakan dipilih dari banyak model dan jenama untuk mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI. Antara motorsikal itu adalah Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Strom, BMW GS, Yamaha Tenere, Honda X-ADV dan Triumph Tiger.

GIVI Explorer_The Golden triangle Adventure 2017-296

Menurut Joseph Perucca, Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI yang turut serta di dalam program ini dan bertindak selaku Ketua Delegasi, “GIVI Explorer merupakan medan terbaik buat kami mengguna dan menguji produk-produk terbaru. Dengan ujian yang ekstrem sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan informasi dapat kami kumpulkan untuk dipanjangkan kepada jabatan penyelidikan (R&D). Sekaligus, kami dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna”.

GIVI Explorer_The Golden triangle Adventure 2017-90

Tambahnya lagi, “Selain itu, kami juga mengambil peluang kembara ini untuk melakukan kerja amal iaitu “Riding for Reading’ dimana kami memberi sumbangan didalam bentuk alatulis, makanan, susu dan dana tunai untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dari Ho Chin Minh City, Vietnam”. Acara ini turut disertai oleh Hendrika Visenzi, Timbalan Presiden GIVI yang mewakili pihak ibu pejabat di dalam penyumbangan barangan kepada kanak-kanak berkenaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s