Honda Memperkenalkan “Honda Asia-Dream Racing” Pasukan Perlumbaan Motosikal Asia & Oceania

Bangkok, 15 Februari 2018 – Kumpulan Syarikat Honda di Asia & Oceania secara rasmi memperkenalkan “Honda Asia-Dream Racing” dalam sidang akhbar di Bangkok hari ini. Pasukan perlumbaan motosikal baharu ini terdiri daripada para ahli yang direkrut dari pasukan perlumbaan serta syarikat Honda di rantau Asia & Oceania. Pelumba bintang Malaysia Zaqhwan Zaidi bakal menunggang CBR1000RR untuk bersaing dalam kelas Superbike, Motorcycle Federation of Japan (MFJ) All-Japan Road Race Championship musim 2018 sebelum beralih ke kelas ASB1000 terulung di Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) Asia Road Racing Championship pada tahun 2019.

En. Susumu Mitsuishi, Pengurus Besar, Asian Honda Motor Co., Ltd.; En. Makoto Tamada, Pengurus Pasukan, Honda Asia-Dream Racing; dan En. Zaqhwan Zaidi, Penunggang Pasukan, turut menghadiri acara tersebut, bersama ahli pasukan yang lain.

Impian Honda sekian lama adalah untuk memupuk bakat penunggang motosikal bertaraf dunia dari rantau Asia & Oceania. Syarikat Honda di rantau ini giat menceburi dalam pelbagai aktiviti motorsport bagi memajukan bakat ahli pasukan serta penunggang muda, melalui usaha yang merangkumi penganjuran program perlumbaan tempatan hinggakan penyertaan pasukan masing-masing dalam perlumbaan antarabangsa FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) dalam kelas AP250 dan SS600, serta Suzuka 8-hour Endurance Race.

Dengan pengalaman yang diperolehi di samping keputusan perlumbaan yang menggalakkan, selaras dengan pengumuman FIM ARRC bahawa kelas ASB1000 akan ditambah dalam musim 2019, Honda kini mengambil langkah utama untuk terus mara ke arena perlumbaan kelas antarabangsa. Kumpulan Syarikat Honda di Asia & Oceania mengumumkan penyertaannya dalam kelas baharu ini menerusi penubuhan pasukan Honda Asia-Dream Racing hari ini.

Sebelum pengenalan pasukan Honda Asia-Dream Racing, pasukan perlumbaan Honda ASEAN, Pasukan Asia Honda Satu Hati telah mengambil bahagian dan berjaya menamatkan perlumbaan dalam Suzuka 8-Hour Endurance Race sejak 2012. Pasukan Honda Asia-Dream Racing berteraskan semangat yang sama sedia menyahut cabaran kelas Superbike di perlumbaan kejuaraan antarabangsa di Asia. Pasukan ini terdiri daripada mekanik dan ahli yang direkrut dari syarikat subsidiari Honda serta pasukan perlumbaan masing-masing di seluruh rantau Asia & Oceania. Makoto Tamada, bekas penunggang MotoGP dan World Superbike serta pengurus pasukan Satu Hati Honda Team Asia, akan meneruskan peranan beliau sebagai pengurus pasukan Honda Asia-Dream Racing, manakala penunggang Malaysia Zaqhwan Zaidi, juara kelas ARRC SS600 selama dua tahun, telah dipilih sebagai penunggang jentera CBR1000RR SP2.

Pasukan ini akan menyahut cabaran sulungnya di MFJ All-Japan Road Racing Championship (JRR) 2018 dalam kelas JSB1000, di samping bertanding dalam Suzuka 8-hour Endurance Race yang termasyhur. Menjelang tahun 2019, pasukan Honda Asia-Dream Racing akan mengubah tumpuanya dari JRR ke kelas ASB1000 yang terulung dalam FIM ARRC, dengan matlamat untuk menjulang kejuaraan perlumbaan. Selain itu, pasukan Honda Asia-Dream Racing juga akan mengambil bahagian dalam Suzuka 8-Hour Endurance Race serta perlumbaan JRR.

Berpandukan kerjasama para ahli pasukan dari syarikat Honda di seluruh rantau Asia & Oceania, Honda Asia-Dream Racing akan berusaha untuk mengecapi keputusan perlumbaan yang terbaik bagi merealisasikan impian pasukan Honda serta para penunggang perlumbaan Honda sebagai pesaing yang serious dalam arena perlumbaan motosikal bertaraf antarabangsa.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s