LITAR DIGANTI KONDO MEWAH?

Litar USJ SPEEDWAY yang terletak di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya ELITE adalah tidak asing bagi penggemar sukan bermotor di Selangor.  Lokasi yang strategik dan kemudahan akses ke dalam trek menjadi kunci utama litar ini sentiasa sibuk dengan pelbagai acara yang berkaitan dengan sukan permotoran.  Datang sahaja pada hujung minggu, pastinya anda akan dapat menyaksikan litar sibuk dengan acara gokart, lumba motosikal ataupun perlumbaan kereta drift dan time-attack.

Namun gempar apabila baru-baru ini, litar Elite Speedway ini ditutup secara mengejut serta membatalkan semua semua acara yang telah dirancang.  Pelbagai pihak yang terkesan dengan penutupan ini melampiaskan rasa gusar di media sosial.  Bukan sahaja para penggemar sukan bermotor tiada tempat untuk beraksi, para operator yang berpusat di dalam kawasan litar juga menghadapi masalah lebih besar dengan penutupan litar ini.  Segala perancangan dan acara terpaksa dibatalkan walaupun persiapan dan bayaran telah dibuat sepenuhnya.  Ini menimbulkan panik dan desas-desus dikalangan masyarakat.

 

Pelbagai sukan bermotor yang berlangsung di litar Elite Speedway
sumber: SPEEDWAY PLUS CIRCUIT

Antara angin berita yang paling kuat bertiup adalah litar ini ditutup kerana telah dijual kepada pihak pemaju untuk membina kondominium mewah.  Bagi peminat sukan bermotor, mereka tidak lupa akan peristiwa pahit penutupan litar Batu Tiga Shah Alam yang digantikan dengan blok-blok tinggi bangunan dan perumahan.  Trek lagenda itu diganti pula dengan Litar Antarabangsa Sepang yang lebih besar dan lengkap.  Namun dek kerana lokasi yang jauh ditambah pula bayaran yuran yang sangat mahal, para pembalap mencari alternatif lain dengan beralih ke litar lebih kecil seperti Litar USJ Speedway ini. Penutupan litar ini meresahkan banyak pihak dan mereka berharap ada pihak yang menghalang projek penutupan litar ini jika benar ia telah dijual kepada pihak ketiga.

Pihak kami cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi pihak yang bertanggungjawab dan jawapan yang kami terima adalah penutupan trek adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih litar bagi keselesaan dan keselamatan pengguna di masa hadapan.  Pihak litar juga memaklumkan mereka perlu masa bagi melaksanakan audit dalaman maka mereka terpaksa menutup litar buat sementara waktu.  Namun tarikh tepat pembukaan semula litar tidak dapat dipastikan. Maka kepada para pembalap, nantikan pengumuman rasmi dari pihak Elite Speedway.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s