BRAAAP TRACK ATTACK HEAT 2

Track Attack Heat 1 pada Mei yang lepas menyaksikan seramai 104 peserta dan lebih 800 penonton yang hadir.  Untuk Track Attack Heat 2 kali ini jumlah peserta meningkat kepada 165 dan lebih 1000 penonton yang hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta.
39099080_991889944316649_2485545213972447232_n

Peningkatan ini dilihat positif bagi arena permotoran negara kita dimana lebih ramai mula menyedari akan kepentingan keselamatan dan saluran yang betul untuk menunggang secara aggresif di tempat yang selamat dan terkawal.  Tahniah kepada Braaap Motorsport yang berjaya melaksanakan acara seperti serta memberi pendedahan kepada masyarakat akan ruang selamat untuk beriadah sukan bermotor.  Para pembalap berpeluang memenangi barangan dari Blackfire Store dan Suzuka Oil untuk pusingan kali ini selain dari plak kemenangan sebagai kenang-kenangan.

39062234_992577850914525_3018137501027008512_n

Kategori yang tersedia kali ini adalah 250cc 4T Tank, FZi & SM CKD, ALAFIXO CBR250R, dan penyertaan terbesar adalah DSC MOTOGROUP 150 2T Tank.

Seperti biasa, dua daripada test rider kami, Reffy Kamar dan JayKay juga menyertai Braaap Track Attack Heat 2.  Reffy di kategori FZi, manakala JayKay di kategori ALAFIXO CBR250R di bawah pasukan PB2R-SKPROSPEED.  Reffy berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dan JayKay di tempat ke-3 dalam kategori masing-masing.

 

Kami mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam acara Track Attack kali ini, secara keseluruhannya acara berjalan dengan sangat lancar dan penonton sangat selesa dan terhibur dengan aksi dari para pambalap.

Kredit Gambar:
KZ Creative Studio
AZJO Productions

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s