Tuneboss Braaap Track Attack 2019 Dapat Sambutan Hangat Golongan Belia

56157810_523745658029965_7302254872118689792_n

Lebih 1,000 pengunjung khususnya golongan belia yang meminati sukan permotoran telah membanjiri Litar Go Kart Sepang minggu lalu sempena siri pertama perlumbaan Tuneboss Braaap Track Attack 2019 – Heat 1, pada 31 Mac yang lalu.

Perlumbaan anjuran BRAAAP Motorsports dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Intergrasi, dan Comma Motorsports telah disertai oleh 140 peserta dari segmen pro seperti Suhardi Ali Rahmat dan Idham Khairudin serta pelumba-pelumba semi-pro dan pelapis negara didalam 9 kategori tersendiri.

56742512_2441852042526679_5326728443201585152_n

Satu slot khas Tuneboss Challenge Trackday bagi pengguna ECU Tuneboss juga telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia Tuneboss ECU Malaysia.

Tuneboss BTA 2019 adalah inisiatif Braaap Motorsports yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, dan mendapat pengiktirafan Motorsports Association of Malaysia (MAM) bertujuan memberi peluang kepada peminat pelumbaan motorsikal untuk menonjolkan bakat mereka.

47561788021_df77f6d744_c
.
Acara sampingan yang turut diadakan adalah Tuneboss Dyno Challenge, di mana pemilik jentera dengan kuasa kuda (horsepower) paling tinggi akan memenangi hadiah tajaan Tuneboss Malaysia.

56328662_1111080392409896_3706272780325486592_n

Turut memeriahkan kejohanan adalah pameran The Red Explorer oleh Givi Asia, yang mempamerkan produk terkini dari jenama GIVI serta PIRELI Malaysia
yang memberikan khidmat nasihat tentang penggunaan tayar perlumbaan.

Terdapat juga jualan barangan Hong Leong Yamaha serta jualan motorsikal oleh SBF Bikers Seri Kembangan.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh pihak yang telah memberi sokongan kepada kejohanan ini seperti wakil-wakil penaja seperti Tuneboss ECU Malaysia, GIVI Asia RAPIDO Malaysia, BEON Helmets dan FT Garage.

Turut hadir adalah En. Muizz Azli, (Ketua Pegawai Eksekutif MAM), En. Jan Al Jeffri Abdul Rashid (Presiden Kelab Sukan Bermotor Integrasi) dan YBhg. Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad (Pengarah Eksekutif Comma Motorsport), serta pelumba profesional negara seperti Zulfahmi Khairudin, Izam Ikmal dan Hafiq Azmi.

56157945_2429410327104184_1300020591146827776_n

Heat 2 dijadualkan pada 21 April 2019 di Litar Speedway Plus, Elite USJ.

Maklumat terperinci kejohanan Tuneboss BTA 2019 boleh didapati di laman Facebook dan Instagram Braaap Motorsport. Pendaftaran penyertaan boleh dibuat di laman sesawang www.braaapmotorsport.com

56976879_2445842272127656_1709099402703929344_n

kredit foto:
Tuneboss Malaysia
Rapido Malaysia
KZ Creative
Azjo Productions

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s