TUNEBOSS BRAAAP TRACK ATTACK CHAMPIONSHIP 2019 HEAT 2

58741753_533920913679106_5499089556714029056_o
Pada 21 April 2019 telah berlangsungnya Tuneboss Braaap Track Attack Championship 2019 Heat 2 di Litar Elite Speedway PLUS, USJ . Penyertaan kali ini adalah melebihi 170 orang pelumba dari pelbagai latar belakang, pengalaman berlumba dan disokong oleh pasukan masing-masing yang terdiri daripada mekanik, ahli keluarga dan rakan-rakan.
Program yang bermula jam 8.00 pagi ini melibatkan pelbagai kategori jentera motorsikal, daripada underbone sehingga 400cc dan telah disaksikan lebih 800 orang penonton yang hadir dan memeriahkan suasana.
57536276_1210068482507646_2411306128735469568_n
Hampir 90% pelumba yang menyertai Heat 2 adalah terdiri daripada pelumba yang telah melibatkan diri dalam Heat 1 pada 31 Mac lalu di Litar Go Kart Sepang. Ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelumba dan pasukan untuk melibatkan diri mereka dalam arena sukan permotoran yang perlu disokong.
Kategori yang paling mendapat sambutan adalah 150 4T Underbone dan 150 2T Open, dengan penyertaan seramai 24 pelumba bagi setiap kategori. Penyertaan tersebut melibatkan jentera dari pelbagai jenama pengeluar motorsikal terkemuka, termasuk jentera 2 lejang yang masih mempunyai penggemar tersendiri dikalangan pemilik motorsikal.
57446467_1210068052507689_7670701931550998528_n
Selain mengetengahkan bakat peminat sukan bermotorsikal melalui penganjuran kejohanan yang mampu milik, Tuneboss BTA Championship Heat 2 turut melibatkan acara-acara lain seperti Tuneboss Dyno Challenge, dengan hadiah tajaan Tuneboss Malaysia. Turut memeriahkan suasana adalah jualan barangan Hong Leong Yamaha serta jualan motorsikal oleh SBF Bikers Seri Kembangan. Beberapa pengunjung yang membeli barangan cenderahati BRAAAP Motorsports turut memenangi hadiah cabutan bertuah melalui sesi cabutan bertuah yang dianjurkan sebelum upacara penyampaian hadiah.
58384188_1148449728660669_8926557451302469632_o
Bagi mendapatkan keputusan perlumbaan, kedudukan semasa kejuaraan & maklumat terkini kejohanan Tuneboss BTA 2019, boleh “Like” dan “Follow” laman Facebook dan Instagram Braaap Motorsport. Pendaftaran penyertaan bagi Heat 3 yang dijadualkan pada 7 Julai 2019 boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang www.braaapmotorsport.com
kredit gambar:
KZ Creative
AKH VISIONS
Rapido Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s