Modenas Lancar Jentera Baharu: KRISS 110 dan Pulsar NS160

Modenas Launch2

Kini kita mula merapati penghujung buat tahun 2019 dan dunia permotoran kekal bergerak dengan tempo yang sederhana buat pasaran tempatan. Jenama kebanggaan negara iaitu Modenas hari ini melancarkan dua buah jentera yang bakal memacu syarikat pembuat motosikal tanah air itu kehadapan, ia merupakan usaha mereka untuk mengambil perhatian dan sokongan pembeli atau pelanggan yang disasarkan syarikat berpangkalan di Jitra, Kedah itu. Hasrat mereka adalah untuk mengambil peluang semasa ini bagi menyediakan produk yang bukan sahaja mampu dimiliki, malah ia juga produk yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa rakyat Malayia kini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, dengan pelancaran dua model motosikal baharu ini, MODENAS yakin akan dapat meningkatkan lagi pasaran bagi segmen motosikal moped dan street bike dari 3.9% kini kepada 6% menjelang akhir tahun ini.

Modenas Launch3

“Ini merupakan masa yang paling tepat untuk MODENAS. Pelancaran motosikal baharu ini, yang menyasarkan dua segmen pasaran yang berbeza – segmen peringkat pengenalan dan pertengahan, akan memperluaskan lagi tawaran pasaran kami kepada berjuta-juta penunggang motosikal di negara ini, secara tidak langsung akan terus mengukuhkan jenama MODENAS secara keseluruhannya,” kata Syed Faisal.

Motosikal moped 4 lejang 110cc, KRISS 110 disasarkan kepada golongan dewasa muda yang ingin membeli motosikal pertama dan sebuah motosikal mampu milik yang mudah dikendali. Didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, yang mana lebih awal, KRISS 110 menawarkan gaya premium namun pada kadar harga yang rendah. Ia juga mematuhi piawaian pelepasan EURO 3 sepnuhnya. Ketinggian tempat duduk 755mm memastikan KRISS 110 adalah selesa bagi penunggang baharu, dan penggunaan motor empat lejang, satu silinder dengan penyejukkan udara bermakna kurang masa menukar palam pencucuh dan membersihkan karburator seperti yang anda perlu lakukan pada mesin dua-lejang.

Modenas Launch4

Pada pengamatan kami, rupa bentuk jentera ini masih lagi mengekalkan reka bentuk yang tradisional dalam kalangan jentera-jentera moped yang ada di pasaran. Ia bukanlah satu faktor utama yang kami lihat sebagai penarik bagi pembeli untuk membuat keputusan bagi membeli jentera ini. Namun begitu, kecekapannya dan juga keselesaan untuk menunggangnya adalah keutamaan selain dari kuasa yang ada pada jentera ini.

Sementara itu, Pulsar NS160 merupakan motosikal empat lejang, naked street bike dengan enjin suntikan bahan api DTSI, yang disasarkan kepada golongan eksekutif muda, dan kepada mereka yang ingin menaik taraf dari sebuah moped kepada jenis jentera street bike pertama mereka pada harga yang lebih berpatutan. Memaparkan enjin cam overhed tunggal dan menggunakan sistem suntikan bahan api dari BOSCH yang mampu menghasilkan 11.05kW pada 8,500 rpm dan 13.99 Nm tork, enjin ini dilengkapii dengan gearbox 5 kelajuan.

Modenas Launch5

Pulsar NS160 turut dilengkapi dengan suspensi belakang Nitorx mono-shock, dan memberikan tunggangan baik samada di jalan raya atau di jalan desa, menjadikan ia sebagai jentera yang sesuai untuk perjalanan-perjalanan pendek di kota atau di desa. Reka bentuknya yang garang dan sporty turut dilengkapi dengan lampu LED, daripada lampu hadapan sehingga ke lampu isyarat.

Kami berpendapat jentera ini mempunyai potensi yang baik untuk dipasarkan oleh modenas kerana ia seiring dengan keperluan kebanyakkan penunggang masa kini yang memerlukan jentera yang mudah dikendali, dalam masa sama perlu berkeupayaan untuk melaksanakan tugasan dengan baik. Pulsar NS160 ini akan hadir sebagai satu lagi pilihan buat pembeli diluar sana untuk membuat keputusan bagi memiliki jentera yang mereka perlukan untuk melakukan tugasan harian mereka. Kedua-dua jentera ini akan dipasarkan dengan harga bermula dari RM3,377 buat jentera KRISS 110 dan RM7,577 buat jentera Pulsar NS160.

MODENAS telah menetapkan sasaran jualan tahunan sebanyak 35,000 unit untuk KRISS 110 dan 1,500 unit untuk Pulsar NS160. Kedua-dua model ini boleh mula didapati untuk pembelian bermula Oktober 2019.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s