Perjalanan Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia rasmi bermula apabila 200 pemilik pertama menerima motosikal mereka menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike. Menjadi satu detik istimewa buat Yamaha Malaysia, program sehari ini menyaksikan 200 pemilik pertama membawa pulang XMAX 300 Tech MAX, model premium dalam keluarga XMAX.
Dengan gabungan prestasi yang dipertingkatkan, gaya premium, keselesaan dan praktikaliti untuk kegunaan harian, XMAX 300 Tech MAX menawarkan pengalaman skuter maksi yang lebih premium dan sofistikated kepada penunggang di Malaysia.
Dari pengedar Yamaha di seluruh negara hingga ke jalan raya Malaysia, perjalanan XMAX 300 Tech MAX kini bermula bersama 200 pemilik pertamanya.

MENGENAI XMAX 300 TECH MAX
XMAX 300 Tech MAX dikuasakan oleh enjin satu silinder SOHC 292cc sejukan cecair yang menghasilkan kuasa 20.6 kW pada 7,250 rpm dan tork 28.9 Nm pada 5,750 rpm. Ia turut dilengkapi ciri bantuan penunggang seperti Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Emergency Stop Signal (ESS) untuk memberikan kawalan dan keyakinan tambahan ketika menunggang.
Sesuai untuk perjalanan harian di bandar mahupun perjalanan jarak jauh, XMAX 300 Tech MAX menawarkan ergonomik yang lebih baik, tempat duduk gaya kulit premium serta ruang papan kaki yang luas dengan plat kaki aluminium. Ciri-ciri ini memberikan posisi tunggangan yang santai, lebih fleksibiliti untuk mengubah posisi badan dan membantu mengurangkan keletihan ketika menunggang. Gaya Tech MAX yang tersendiri pula melengkapkan penampilannya dengan sentuhan yang lebih premium dan sofistikated.
THE NEW YAMAHA XMAX300 TECH MAX BOLEH DIDAPATI DI:
- EL CHONG MOTOR TRADING SDN BHD
- KB SOON HUAT MOTOR SDN BHD
- TAYCON MOTOR SDN BHD
- HONG BEE MOTORS SB YAMAHA LIFESTYLE MALL
- GT-MAX MOTORS (M) SDN BHD
- HIAP AIK STAR MOTORSPORTS SDN. BHD.
- TAKONG SDN BHD
- WILHIN MOTOR (M) SDN BHD
- SERDANG MOTORCYCLE SDN BHD
- WELLY WORLD CYCLE SDN BHD
- BOON HUA MOTOR SDN BHD
- NEW CHEN MOTOR CREDIT SDN BHD
- LIANG SOON MOTOR SERVICE
- TME MOTORSPORTS SDN BHD
- XL MOTOR SDN BHD
- BLH-BAN LEE MOTOR SDN. BHD.
- HO HIN MOTORS SDN BHD



Leave a comment