Ketika Kawasaki melancarkan ZX6R versi terbaru ini pada tahun 2025, kami berpeluang untuk menunggang uji jentera ini sepenuhnya di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. (Kawasaki ZX6R Sepang Circuit Test Ride). Review tersebut memberi gambaran penuh tentang keupayaan sebenar jentera supersport ini beraksi ketika ditunggang secara agresif, sesuai dengan tujuan penciptaanya. Namun adakah jentera ini sesuai digunakan sebagai motosikal yang ditunggang harian untuk ke tempat kerja dan urusan harian yang lain? Artikel ini kami kongsikan pengalaman kami bersama jentera Kawasaki ZX6R mengharungi trafik sebagai rakyat biasa.

Lincah mencelah di dalam trafik

Tanggapan pertama terhadap ZX6R ini adalah ia terlalu lebar dengan padanan cermin sisi yang besar. Pada mulanya, saya lebih berhati-hati ketika menunggang di celahan trafik, takut-takut akan terlanggar cermin sisi ini. Selepas membiasakan diri, sebenarnya cermin sisi tersebut tidaklah begitu lebar, hampir selari dengan handlebar sahaja. Cermin sisi yang lebar ini sangat membantu ketika ingin memintas dan memerhati trafik di belakang. Saya amat kagum cermin sisi ini sangat stabil dan tidak bergegar walaupun ketika kelajuan tinggi.

Ergonomik yang agresif menjadikan ZX6R ini sangat mudah dikendalikan ketika trafik sesak. Motosikal ini terasa ringan untuk mencelah dan menukar arah dalam kesesakan lalu lintas. Jentera ini sememangnya ditala untuk mesra pengguna, enjin berkuasa 636cc menghasilkan taburan kuasa yang seimbang di setiap RPM. Tidak perlu penat bermain klac dan selalu menukar gear ketika di dalam trafik, saya boleh sahaja menunggang perlahan di gear 3 dan 4 pada rpm yang rendah. Talaan yang baik juga ditonjolkan ketika menunggang dengan sangat perlahan, kelajuan 10km/j pada gear 3 atau 4, enjin tidak jerking dan juga tidak mati. Ini sangat membantu ketika menunggang di trafik sangat sibuk, tanpa perlu penat bermain klac dan rev rpm.

Pandangan cermin sisi kekal jelas walaupun di kelajuan tinggi

Suspensi boleh laras memberi kebebasan kepada pengguna untuk setup jentera ini lebih selesa digunakan untuk permukaan jalanraya yang pelbagai. Setup suspensi yang lebih lembut membantu mengurangkan hentakan yang diterima oleh penunggang serta menikmati tunggangan yang lebih selesa. Namun jika hendak digunakan secara agresif, saya boleh mengubah semula setup yang lebih keras, sesuai untuk tunggangan yang fokus pada kelincahan dan pecutan berkuasa.

Kesimpulannya, Kasawaki ZX6R ini adalah satu pakej yang lengkap untuk digunakan secara agresif dan kegunaan harian. Buat pengguna dengan bajet terhad namun mahukan jentera yang boleh digunakan sebagai tunggangan harian dan berikan keseronokan pada hujung minggu, ZX6R adalah pilihan terbaik. Tips untuk tunggangan supersport di dalam kesesakan jalan raya akan kami kongsikan di artikel seterusnya.

Leave a comment

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger