Keselamatan Semasa Menunggang Motosikal

KEMPEN : PENTINGNYA KELENGKAPAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

                Apa itu kelengkapan menunggang? Secara umumnya, pada pandangan orang biasa kelengkapan menunggang itu adalah topi keledar, lesen memandu, kad pengenalan dan cukai jalan. Akan tetapi, adakah itu mencukupi untuk kita sebagai penunggang motosikal? Jika tujuannya untuk mengelakkan dari disaman oleh pihak berkuasa,mungkin ya tetapi jika tujuannya untuk mengelakkan dari disaman pihak berkuasa DAN menjaga keselamatan serta nyawa, mungkin tidak sama sekali.

                Kebanyakan rakyat di Malaysia lebih suka menggunakan motosikal sebagai kenderaan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk lantas mengurangkan penggunaan masa di atas jalan raya untuk pergi ke sesebuah tempat terutamanya ke tempat kerja. Penunggang motosikal juga harus sedar bahawa kita lebih banyak terdedah kepada bahaya berbanding pengguna kereta atau kenderaan awam. Jadi apakah inisiatif kita sebagai penunggang motosikal untuk memastikan keselamatan diri?

Topi keledar yang diiktiraf keselamatan oleh SIRIM atau badan keselamatan luar negara

image as reference|credited to orginal uploaders

                Topi keledar adalah kelengkapan yang paling penting bagi penunggang motosikal malah ianya diwajibkan bagi setiap penunggang di Malaysia. Sesetengah orang mengambil ringan mengenai topi keledar. Sebagai contoh, ramai dikalangan penunggang tidak memakai topi keledar jika jarak perjalan terlalu dekat; 100 meter, 200 meter. Apakah tiada kesedaran bahawa bahaya itu boleh datang pada bila-bila masa? Selain itu, penggunaan topi keledar separuh juga boleh dikatakan trend bagi sesetengah penunggang. Sudah terang lagi bersuluh yang topi keledar jenis itu sangat tidak sesuai untuk digunakan di atas jalan raya. Topi keledar yang bagus semestinya jenis fullface, tetapi adalah mencukupi jika ianya menutupi keseluruhan bahagian tengkorak kepala memandangkan jenis fullface agak mahal harganya. Ada juga sesetengah penunggang yang sudah memakai topi keledar yang sepatutnya TETAPI tidak mengikat tali dan membiarkannya berjuntaian. Tidak guna juga jika ada perlindungan tetapi tidak digunakan dengan betul.

Jaket

image as reference|credited to orginal uploaders

                Ramai yang mengambil remeh tentang jaket. Ianya bukan sweater tetapi jaket menunggang yang sebenar. Ada juga yang mengejek-ejek penunggang yang memakai jaket kononnya seperti penunggang motorsikal berkuasa tinggi walhal cuma menunggang kapcai tetapi apakah kita sedar bahawa jaket itu memberikan perlindungan pada tulang belakang, tulang bahu, dada serta kulit badan? Terdapat banyak jenis jaket yang berada di pasaran sekarang, tidak seperti 10 tahun yang lalu yang mana jaket ini susah untuk didapati dan jika ada pun, harganya tidak kurang juga mahalnya. Kini terdapat banyak kedai yang membawa masuk jaket-jaket ini ke dalam pasaran Malaysia dan ianya terpulang pada kita untuk membeli atau tidak. Jika anda adalah penunggang motorsikal, anda perlu memikirkan tentang jaket ini dan mungkin anda patut memilikinya.

3- Sarung Tangan

image as reference|credited to orginal uploaders

                Ini bukan sarung tangan berkebun tetapi sarung tangan khas untuk menunggang motorsikal. Sarung tangan yang bagus dapat melindungi pergelangan tangan anda dengan baik. Mengikut pengalaman, jika kita terjatuh dari motorsikal kita akan lebih cenderung untuk menahan tangan atau tapak tangan ke atas jalan raya. Jika anda sayangkan kulit dan tulang tangan anda, anda harus dapatkannya sepasang di kedai-kedai motorsikal berhampiran.

Kasut/Boot

image as reference|credited to orginal uploaders

                Kasut adalah tidak asing bagi penunggang motosikal. Kebanyakan penunggang memang memakai kasut cuma sesetengah sahaja yang lebih selesa dengan berselipar. Bagi yang berkasut, itu adalah bagus tetapi bagi yang lebih suka berselipar, anda telah merisikokan keselamatan kaki anda. Tahukah anda dengan berkasut anda dapat melindungi kuku kaki,jari-jari kaki,kulit kaki, buku lali serta kulit kaki anda? Pasti ramai yang pernah mengalami tercabut kuku dan anda tahu bagaimana sakit dan peritnya untuk menghadapi situasi itu. Betapa pedihnya kulit yang luka jika terkena air. Adakah kita fikir akan semua itu?Kasut atau boot juga terdapat dalam pelbagai jenis. Ada yang menutupi hingga buku lali dan ada juga yang menutupi hingga tulang betis. Terpulang pada anda untuk memilih kasut/boot mengikut keselesaan dan keadaan. Anda tidak perlu untuk memiliki kasut atau boot menunggang yang ekstrem tetapi adalah penting untuk berkasut ketika menunggang.

Pad

image as reference|credited to orginal uploaders

                Pad adalah kelengkapan tambahan kepada seorang penunggang motosikal jika anda mementingkan keselamatan hingga ke tahap maksimum. Pad terbahagi kepada dua iaitu pad siku dan pad lutut. Anda pernah lihat orang muda yang bermain papan luncur atau sukan ektrem? Begitulah juga rupa pad untuk penunggang motosikal. Tidak banyak bezanya. Kelengkapan ini sangat diambil ringan bagi kebanyakan penunggang yang mungkin tidak mahu kelihatan obses dengan motorsikal. Anda perlu tahu bahawa pad-pad ini dapat melindungi siku dan lutut anda dengan baik. Materialnya adalah plastik yang keras dan mampu menghadapi hentakan. Ya, walaupun sakit jika terjatuh motorsikal dan terhentak lutut atau siku di atas jalan, tetapi sekurang-kurangnya pad-pad ini dapat melindungi tempurung lutut atau siku daripada kecederaan yang lebih sirius.

6- Insurans Kemalangan Diri (PA Insurance)

image as reference|credited to orginal uploaders

                Jika anda mahukan lebih perlindungan selain daripada kelengkapan-kelengkapan di atas, anda perlukan kelengkapan keenam ini. Insurans kemalangan diri ini walaupun tidak dapat memberikan perlidungan ketika kejadian berlaku, setidaknya ia dapat membantu anda dan keluarga selepas kemalangan. Insurans kemalangan diri biasanya akan melindungi bagi kes kematian dan kecacatan kekal. Walaupun anda telah menyiapkan diri dengan kelengkapan di atas, tetapi jika berlaku juga kejadian tidak diingini contoh anda hilang upaya kekal atau kematian,sekurang-kurangnya anda tidak mensia-siakan usaha anda untuk melindungi diri sebaik mungkin. Walaupun insurans motosikal anda memang dilengkapi dengan insurans kemalangan diri, tetapi tidak salah jika anda memiliki insurans kemalangan diri yang berasingan.

                Kita sebagai penunggang motorsikal di negara ini harus menitik beratkan tentang keselamatan diri. Jangan sesekali mengambil ringan tentang keselamatan anda dan biarkan apa kata orang ramai terhadap anda. Yang akan menanggung akibat adalah anda dan bukan mereka. Ingat, keselamatan dan nyawa anda terletak pada kesedaran dan usaha anda sebagai penunggang.

Disediakan Oleh: Yamada@Nizam

1 Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s