
Bermula dari petak 7 untuk kategori Moto3 pada MotoGP pertama tahun 2012 di Losail Qatar, Zulfahmi mengekalkan rentak cemerlang sejak ujian bebas dengan mengekalkan kedudukannya sebelum maju untuk berada di kedudukan ke-6.
Biarpun 2 penunggang yang mendahului perlumbaan berada jauh di hadapan, Zulfahmi kekal dalam kumpulan pengejar sebanyak 7 buah motor dan saling bertukar kedudukan dalam posisi ke-5 hingga ke-7. Dengan perlumbaan berbaki 3 pusingan, beliau membuat tindakan berani di laluan lurus untuk berada di tempat keempat tetapi terus dipotong oleh pesaing terdekatnya.
Menuju ke pusingan terakhir, Zulfahmi sekali lagi menerjah ke depan kumpulan pengejar ini dan berjaya meraih tempat ke-3 tetapi gagal bertahan lama apabila kembali diasak dan diatasi pada selekoh seterusnya. Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-6 keseluruhan.

Moto3 dimenangi pelumba muda 17 tahun Maverick Vinales dari Sepanyol (FTR Honda Blusens Avintia), diikuti Romano Fenati dari Itali(FTR Honda-Italia FMI), dan Sandro
Cortese (RedBull KTM Ajo) dari Jerman menyempurnakan kedudukan podium. Dua lagi
pelumba yang menamatkan saingan di hadapan Zulfahmi adalah Luis Salom dan Miguel Oliviera.
Apapun , kami dari Malaysian Riders mengucapkan Tahniah Zulfahmi dan semoga mendapat kedudukan podium di perlumbaan seterusnya yang akan berlangsung pada 29 April di litar Jerez, Sepanyol. Teruskan bersama kami untuk maklumat dan berita terkini mengenai sukan permotoran tempatan dan juga antarabangsa.
FOR MORE REAL TIME UPDATE, SUBSCRIBE TO MOTOGP RSS FEED www.motogp.com/es/news/rss
and visit MOTOGP OFFICIAL SITE
Disediakan oleh: Tompoq
terbaik la fahmi
Tahniah kepada Zulfahmi Khairuddin… You’re the best Malaysia rider!!!