image credited to zerotohundred.com

Bermula dari petak 7 untuk kategori Moto3 pada MotoGP pertama tahun 2012 di Losail Qatar, Zulfahmi mengekalkan rentak cemerlang sejak ujian bebas dengan mengekalkan kedudukannya sebelum maju untuk berada di kedudukan ke-6.

Biarpun 2 penunggang yang mendahului perlumbaan berada jauh di hadapan, Zulfahmi kekal dalam kumpulan pengejar sebanyak 7 buah motor dan saling bertukar kedudukan dalam posisi ke-5 hingga ke-7. Dengan perlumbaan berbaki 3 pusingan, beliau membuat tindakan berani di laluan lurus untuk berada di tempat keempat tetapi terus dipotong oleh pesaing terdekatnya.

Menuju ke pusingan terakhir, Zulfahmi sekali lagi menerjah ke depan kumpulan pengejar  ini dan berjaya meraih tempat ke-3 tetapi gagal bertahan lama apabila kembali diasak dan diatasi pada selekoh seterusnya. Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-6 keseluruhan.

image credited to DORNA and motoGP.com

Moto3 dimenangi pelumba muda 17 tahun Maverick Vinales dari Sepanyol (FTR Honda Blusens Avintia), diikuti Romano Fenati dari Itali(FTR Honda-Italia FMI), dan Sandro
Cortese (RedBull KTM Ajo) dari Jerman menyempurnakan kedudukan podium. Dua lagi
pelumba yang menamatkan saingan di hadapan Zulfahmi adalah Luis Salom dan Miguel Oliviera.

Apapun , kami dari Malaysian Riders mengucapkan Tahniah Zulfahmi dan semoga mendapat kedudukan podium di perlumbaan seterusnya yang akan berlangsung pada 29 April di litar Jerez, Sepanyol. Teruskan bersama kami untuk maklumat dan berita terkini mengenai sukan permotoran tempatan dan juga antarabangsa.

FOR MORE REAL TIME UPDATE, SUBSCRIBE TO MOTOGP RSS FEED www.motogp.com/es/news/rss

and visit MOTOGP OFFICIAL SITE

Disediakan oleh: Tompoq

2 responses to “Zulfahmi menyerlah di Losail”

  1. hadi syafiq Avatar
    hadi syafiq

    terbaik la fahmi

  2. Shaikh Mohhsin Avatar
    Shaikh Mohhsin

    Tahniah kepada Zulfahmi Khairuddin… You’re the best Malaysia rider!!!

Leave a reply to Shaikh Mohhsin Cancel reply

DEFENSIVE RIDING

“It doesn’t matter how good you are at riding a motorcycle, heck you could even be a GP rider. But you can’t control others on the road and there will always be that one dumbass that can potentially cause you lots of trouble. Stay safe, stay defensive and stay focused on your bike.”

~ Pak Mat Roger