Pada tanggal 24 April 2012 wakil penulis kami telah menyertai sekumpulan pemilik motor berkuasa tinggi keluaran dari Naza bagi membuat lawatan ke kilang pemasangan jentera motosikal yang terletak di seksyen 15 shah alam. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri pemasangan motosikal yang dinaik taraf dari versi sebelum ini iaitu jentera NAZA Blade 250r efi & 650r efi. Seramai 25 pemilik jentera dan bakal pemilik jentera tersebut terlibat pada lawatan kali ini.
Di kilang yang bersaiz 24 ribu kaki persegi tersebut, En. Tan selaku Pengurus Bahagian Pengeluaran menunjukkan serta menerangkan kepada kami bahawa jentera berkuasa tinggi ini telah dipasang 100% dengan pemasangan tangan (hand built), ini bertujuan untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan kemas dan berkualiti. Tidak seperti jentera-jentera lain yang berada didalam produksi.
En. Tan memberitahu kepada kami lagi bahawa, setiap pemasangan motosikal Blade 250r dan Blade 650r ini perlu melalui empat peringkat pemeriksaan dan jika ia gagal salah satu dari peringkat tersebut, pemeriksaan sekali lagi perlu dilakukan dan ia akan diperbaiki bagi menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Bagi menyahut kempen kerajaan untuk menjaga alam sekitar, keluaran kali ini iaitu versi 2012 ini pihak Naza telah meningkatkan lagi kualiti dengan menggunakan speksifikasi enjin Euro 4 iaitu kualiti atau penghasilan karbon dari ekzos adalah pada kadar minimum. Tidak banyak perubahan fizikal dilakukan pada versi 2012 ini selain dari dinaik taraf kualiti enjin dan pemilihan warna.
Namun apabila ditanya mengenai keluaran jentera blade naked (tiada firing @ kepok), pihak naza menyatakan bahawa blade versi naked ini akan dikeluarkan jika ada permintaan yang banyak. Hasil daripada lawatan ini, ia telah membuka mata pemilik atau bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi ini untuk lebih mempercayai mutu dan kualiti motosikal tersbut. Jesteru itu, pihak Naza amat prihatin dengan setiap ulasan dan komen dari pengguna bagi membantu mereka menaik taraf jentera tersebut dari semasa ke semasa. Hasilnya, Electronic Control Unit (E.C.U) dan Rectifier telah dinaik taraf dan menggunakan kualiti yang lebih baik dimana ECU yang sebelum ini menggunakan jenama Dewoo telah ditukarkan kepada jenama Delphi yang mana ia lebih banyak digunakan dan diakui mampu menjimatkan bahan bakar.
Buat masa ini harga yang di umumkan kepada kami dalam lawatan ini adalah seperti berikut:
Blade 250r efi – RM15,000.00 *OTR
Blade 650r efi – RM23,000.00 *OTR
Harga yang berbaloi dan mampu untuk dimiliki. Namun begitu, harga mungkin akan berubah mengikut permintaan dan pengeluaran semasa. Jadi, teruskan bersama kami di Malaysian Riders untuk berita-berita menarik akan datang.
*OTR = On The Road
Disediakan Oleh: Abdul Hafiz
More photos Below:














Leave a reply to tangos80 Cancel reply